Perutusan Pengerusi
Kerajaan untuk memastikan penyerahan Laporan Negara kepada badan pakar ini menepati
masa kerana ianya mencerminkan keseriusan Malaysia dalam memenuhi tanggungjawab
tritinya sebagai Negara Anggota PBB.
Pada tahun ini, Suruhanjaya memerhatikan wujudnya cabaran yang besar dalam pengamalan
kebebasan sivil di dalam negara berikutan penggubalan dua undang-undang yang bersifat
menindas iaitu Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan
Negara 2015 (NSCA), serta penggunaan Akta Hasutan 1948 yang berterusan oleh pihak
berkuasa terhadap pelbagai individu atas kenyataan kritikal mereka terhadap Kerajaan dan
dasar awam.
Walaupun Suruhanjaya mengiktiraf dan menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan dalam
mengekalkan keamanan dan keharmonian serta keselamatan nasional, ia juga berkongsi
kebimbangan pelbagai pihak berkepentingan mengenai impak meluas undang-undang ini
ke atas pencapaian hak dan kebebasan asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan dan instrumen hak asasi manusia antarabangsa, terutamanya
Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR).
Melihat kepada dua jawatan antarabangsa penting yang dipegang oleh Malaysia, iaitu Ahli
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) dan Pengerusi ASEAN,
Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting bagi negara untuk menghormati prinsip
hak asasi manusia pada setiap masa, sejajar dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, Piagam ASEAN, dan Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN, serta instrumen teras hak
asasi manusia yang lain, demi kebaikan bersama manusia sejagat. Justeru itu, dalam konteks
memelihara keamanan dan keselamatan, adalah penting bagi negara memastikan bahawa
sebarang kaedah yang diterima pakai dalam menangani sebarang ancaman yang mungkin
timbul terhadap keamanan dan keselamatan tidak menjejaskan hak asasi manusia rakyat.
Sebagai NHRI, Suruhanjaya meneruskan penglibatan aktifnya dengan mekanisma dan badan
hak asasi manusia di peringkat antarabangsa dan serantau sebagai satu usaha berterusan
untuk meningkatkan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di peringkat domestik.
Atas kapasitinya sebagai NHRI berstatus ‘A’, Suruhanjaya terus menyumbang pandangannya
dalam isu hak asasi manusia tematik kepada Sesi Tetap Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (HRC). Ia juga memegang dua jawatan penting iaitu Pengerusi
Forum Komanwel NHRI (CFNHRI) dan Pengerusi Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF), yang
masing-masing berakhir pada bulan November dan bulan September. Pemegangan keduadua jawatan ini bukan sahaja telah meningkatkan kedudukan antarabangsa Suruhanjaya,
malah juga telah mendatangkan banyak manfaat menerusi perkenalan dan interaksinya
dengan NHRI yang lain.
Pada 17 November, Suruhanjaya telah dinilai oleh Jawatankuasa Kecil Pentauliahan
Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa bagi Institusi Nasional untuk Promosi dan Perlindungan
6
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 6
02/04/2016 3:33 AM