Perutusan Pengerusi
Kerajaan. Walau bagaimanapun, Suruhanjaya tidak mendapati sebarang perkembangan yang
bermakna berhubung dengan pelaksanaan hasil dapatan Laporan Pasukan Petugas Khas oleh
Jawatankuasa Kabinet ini. Dalam menantikan tindakan selanjutnya dari pihak Jawatankuasa
Kabinet ini, Suruhanjaya akan terus membangkitkan isu-isu yang timbul daripada Inkuiri
Nasionalnya bersama-sama dengan aduan lain yang dikemukakan oleh golongan Orang
Asli dalam program dan aktiviti Suruhanjaya pada masa hadapan, termasuk semasa sesi
perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri yang berkaitan dan Ahli Parlimen.
Sepanjang tahun ini, Suruhanjaya mempergiatkan usahanya untuk mengetengahkan agenda
hak asasi manusia dan perniagaan melalui pelbagai usaha. Salah satu pencapaiannya yang
penting adalah pembentukan Rangka Kerja bagi Pelan Tindakan Nasional mengenai Perniagaan
dan Hak Asasi Manusia untuk Malaysia. Adalah menjadi harapan Suruhanjaya agar rangka
kerja ini dapat berfungsi sebagai garis panduan yang berguna oleh pihak Kerajaan ke arah
mewujudkan satu Pelan Tindakan Nasional mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia
yang menyeluruh untuk Malaysia demi mempromosi rasa hormat hak asasi manusia yang
lebih tinggi di kalangan pihak Kerajaan dan pihak bukan Kerajaan dalam negara ini. Oleh kerana
usahanya sebagai perintis dalam bidang ini diketahui dan dipuji di persada antarabangsa dan di
kalangan NHRI, Suruhanjaya berharap untuk mengambil tindakan susulan yang perlu bersama
pihak Kerajaan dengan matlamat mendorong kepada penghasilan awal Pelan Tindakan ini.
Pada masa ini, Suruhanjaya sedang memuktamadkan laporannya berkenaan dua kajian
tematik, iaitu “Hak kepada Kesihatan di Penjara” dan “Kematian dalam Tahanan Polis” yang
dimulakan pada tahun 2014 untuk memeriksa keadaan kesihatan di penjara Malaysia serta
isu-isu berkaitan kematian dalam tahanan polis dari perspektif hak asasi manusia. Suruhanjaya
berharap agar hasil dapatan dan syor yang terkandung dalam kedua laporan ini akan diberi
perhatian yang sewajarnya oleh pihak yang berkepentingan ke arah memastikan piawaian
hak asasi manusia di Malaysia setanding dengan norma hak asasi manusia antarabangsa.
Suruhanjaya meneruskan usaha mempromosikan penghapusan dan pencegahan penyeksaan
dan layanan buruk melalui latihan untuk anggota penguatkuasa undang-undang mengenai
piawaian hak asasi manusia antarabangsa serta melalui perbincangan meja bulat bersama
pihak yang berkepentingan. Suruhanjaya juga meningkatkan usahanya dengan bekerjasama
dengan organisasi masyarakat sivil yang lain untuk melancarkan kempen #ACT4CAT
#HENTISEKSA, dengan tujuan untuk menyokong penyertaan Malaysia kepada Konvensyen
Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim atau Tidak Berperikemanusiaan atau
Menjatuhkan Maruah (CAT), sebuah triti hak asasi manusia antarabangsa komprehensif
yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menangani isu
penyeksaan dan pencegahan penyeksaan.
Triti perlu didukung dengan niat yang baik. Suruhanjaya merakamkan kebimbangannya
terhadap kelewatan Kerajaan dalam menghantar Laporan Negara yang telah lama tertangguh
kepada Jawatankuasa CEDAW, CRC, dan CRPD. Suruhanjaya berpendapat adalah penting bagi
5
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 5
02/04/2016 3:33 AM