Perutusan Pengerusi
meneruskan usahanya untuk meyakinkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia agar
mengambil langkah yang perlu dalam menuju ke arah matlamat ini.
Suruhanjaya juga terus mengetengahkan keadaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan berasa
kecewa kerana banyak isu yang berkaitan dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran
yang dilaporkan dalam Laporan Tahunannya sebelum ini (2012-2014) masih tidak diselesaikan
walaupun sebahagian daripada isu tersebut boleh ditangani oleh agensi Kerajaan yang
berkaitan menerusi kaedah pentadbiran tanpa melibatkan perubahan dasar. Jurang yang
wujud di antara SAR dan sekolah arus perdana dalam mendapatkan akses kepada pendidikan
yang sama rata merupakan satu lagi cabaran yang memerlukan perhatian serius daripada
pihak Kerajaan. Suruhanjaya berpendapat bahawa adalah penting bagi pihak Kerajaan untuk
menangani isu-isu ini dalam usaha berterusannya untuk memastikan akses dan ekuiti kepada
pendidikan yang berkualiti untuk semua kanak-kanak di negara ini.
Suruhanjaya sedih dengan tragedi yang menimpa tujuh orang kanak-kanak Orang Asli yang
hilang semasa di bawah jagaan pihak asrama sekolah mereka di SK Tohoi, Gua Musang
pada bulan Ogos. Hanya dua daripada mereka yang ditemui masih hidup 50 hari kemudian.
Suruhanjaya sebelum ini telah mengesyorkan agar pihak Kerajaan menghentikan amalan
menempatkan kanak-kanak di asrama kerana mereka mempunyai hak asasi untuk tinggal
bersama dan diletakkan di bawah jagaan ibu bapa mereka, seperti yang termaktub dalam
Artikel 9 Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak, yang mana Malaysia merupakan sebuah
Negara Pihak. Suruhanjaya juga telah mencadangkan agar pihak Kerajaan menubuhkan
sekolah-sekolah Tahap 1 (Darjah 1 hingga Darjah 3) dalam penempatan berkelompok yang
lebih kecil, sebagaimana yang telah dilakukan pada tahun 90an dengan bantuan daripada
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Hak tanah Orang Asli/Asal tetap merupakan perkara yang penting dalam agenda Suruhanjaya.
Demi pelaksanaan awal dan segera ke atas syor-syor yang terkandung dalam Laporan Inkuiri
Nasional mengenai Hak Tanah Orang Asli/Asal di Malaysia (Laporan Inkuiri Nasional),
Suruhanjaya telah meneruskan usaha advokasi melalui pelbagai platform termasuk sesi
taklimat mengenai hasil dapatan kajian Pasukan Petugas Khas ke atas syor-syor Laporan
Inkuiri Nasional Suruhanjaya pada bulan April; serta sesi perbincangan bersama YB Senator
Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Suruhanjaya mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh YB Senator Datuk Paul Low
pada 3 Jun mengenai pembentukan Jawatankuasa Kabinet mengenai Hak Tanah Orang
Asal yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,
yang ditugaskan untuk menangani, memantau dan melaksanakan hasil dapatan Laporan
Pasukan Petugas Khas. Suruhanjaya mengambil maklum bahawa salah satu peranan utama
Jawatankuasa Kabinet ini adalah untuk bertindak sebagai Suruhanjaya Nasional yang
“bebas”, penubuhannya adalah salah satu daripada 18 syor yang terkandung dalam Laporan
Inkuiri Nasional Suruhanjaya, walaupun bukan dalam bentuk yang ditentukan oleh pihak
4
ANR2016-SUHAKAM-BM Version.indb 4
02/04/2016 3:33 AM