PERTAMA Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) perlu menggubal satu polisi spesifik yang akan memastikan semua rumah ibadat menyediakan kemudahan mesra OKU. Polisi tersebut perlulah bertujuan untuk memastikan golongan OKU tidak didiskriminasi seperti yang termaktub dalam Artikel 5 Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD) dan saksama di sisi undang-undang (Artikel 12, CRPD). Agensi-agensi Kerajaan seperti KPWKM, Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu bekerjasama dengan pemilik atau Jawatankuasa Pengurusan Rumah-Rumah Ibadat dan pihak-pihak lain yang berkenaan. Kerajaan perlu memastikan penglibatan golongan OKU dalam merangka polisi selaras dengan Artikel 21, CRPD Kebebasan Bersuara dan Mengemukakan Pandangan dan Akses kepada Maklumat. Kerajaan perlu merujuk kepada pihak berkepentingan yang lain seperti SUHAKAM, badan profesional seperti arkitek yang bertauliah dan juga ahliahli akademik.

Select target paragraph3