14 LAPORAN TAHUNAN 2019 Selain itu, SUHAKAM turut menerima kunjungan atau lawatan sambil belajar dari universiti tempatan dan antarabangsa yang ingin mengetahui tentang SUHAKAM dan peranannya dalam mempromosi dan memelihara hak asasi manusia di Malaysia iaitu daripada pelajar UiTM kampus Samarahan, Sarawak (21 Februari), Universiti RMIT, Australia (13 Jun) dan pelajar pelatih Jabatan Bantuan Guaman (27 Ogos). Jadual 1: Senarai jemputan latihan dan ceramah hak asasi manusia Bil. Tajuk/Topik Tarikh Tempat 1. Ceramah hak asasi manusia kepada pegawai Sime Darby, anjuran Sime Darby. 23 Januari Pejabat Sime Darby, Ara Damansara, Selangor. 2. Bengkel hak asasi manusia kepada pegawai penjara anjuran Penjara Penor. 29 Januari Penjara Penor, Kuantan, Pahang. 3. Ceramah hak asasi manusia bertajuk ‘Peranan SUHAKAM dalam Isu Hak Asasi Manusia di Malaysia’ dan ‘Isu Hak Asasi Manusia Semasa’ kepada Pelatih Kadet Inspektor Polis yang sedang menjalani sesi Kursus Asas Latihan Kepolisan (PLAK) Bilangan 4, siri 3/2018, anjuran Polis Diraja Malaysia. 19 Februari Pusat Latihan Polis Malaysia (PULAPOL), Kuala Lumpur. 4. Seminar Hak Asasi Manusia dan Anti-Rasuah kepada Salcon Engineering Bhd. anjuran Salcon Engineering. 13 Mac 5. Taklimat hak asasi manusia kepada Pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara 01/2019 anjuran Jabatan Penjara. 3 April Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN), Taiping, Perak. 6. Taklimat hak asasi manusia kepada Pelatih Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara 01/2019 anjuran Jabatan Penjara. 4 April Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAWIS) Zon Selatan, Kluang, Johor. Pejabat Salcon, Subang Jaya, Selangor.

Select target paragraph3