SUHAKAM Program dibahagikan kepada dua bahagian iaitu taklimat tentang SUHAKAM dan hak asasi manusia disusuli perbincangan dalam kumpulan. Peserta diminta untuk membincangkan peranan sebagai pelajar dalam mempromosi dan memelihara hak asasi manusia. Seterusnya, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan masing-masing. Antara cadangan yang dibangkitkan adalah: i. ii. iii. iv. v. medium media sosial seperti Twitter dan Instagram perlu dimanfaatkan untuk mempromosikan hak asasi manusia kepada pengikut masing-masing; setiap individu perlu lebih peka terhadap sebarang pelanggaran hak asasi manusia dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa atau SUHAKAM; memilih pemimpin atau wakil pelajar yang memperjuangkan hak asasi manusia semasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar; mendidik anak muda tentang hak asasi manusia menerusi program khidmat masyarakat; dan menubuhkan kelab hak asasi manusia di sekolah dan universiti. Peserta juga berkongsi pendapat dan beriteraksi dalam sesi soal jawab dengan penceramah. Beberapa soalan berhubung pendirian Kerajaan Malaysia berkenaan hukuman mati dan sebatan, dan kebebasan beragama dibangkitkan. Turut disentuh tentang tindakan yang diambil oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap negara yang melanggar hak asasi manusia dan sistem PBB yang dikatakan sebagai kurang berkesan. 10. Jemputan untuk menyampaikan latihan dan ceramah hak asasi manusia SUHAKAM juga telah menerima beberapa jemputan daripada agensi kerajaan dan organisasi untuk menyampaikan latihan dan ceramah tentang topik hak asasi manusia. Butiran lanjut seperti dalam Jadual 1. BAB 1 program adalah untuk mendedahkan peserta dengan pengetahuan hak asasi manusia, selain meningkatkan kesedaran mengenai peranan mereka mempromosi dan memelihara hak asasi manusia. Seramai 70 orang pelajar Fakulti Pengajian Antarabangsa UUM, 10 orang murid Tingkatan 4 SMK Bandar Baru Sintok dan 10 orang murid Tingkatan 6 SMK Changlun menyertai program ini. 13

Select target paragraph3