12 LAPORAN TAHUNAN 2019 Peserta bengkel bersama penceramah dan sekretariat SUHAKAM selepas tamat bengkel. Turut hadir SAC Azmi bin Adam (barisan hadapan lima dari kiri), Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Bagi tujuan pemahaman dan pengetahuan berkenaan hak asasi manusia, kesemua peserta diminta melalui dua jenis ujian, iaitu pra dan pasca program. Hasil daripada kedua-dua ujian itu mendapati wujudnya jurang perbezaan yang ketara daripada segi markah ujian sebelum dan selepas program dijalankan. Purata markah jawapan yang betul bagi pra-program adalah sebanyak 75.2% manakala pasca-program mencatatkan purata markah sebanyak 93.4%. Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah menunjukkan minat yang mendalam dan berinteraksi secara aktif dengan penceramah. Bengkel tersebut telah menyediakan ruang kepada SUHAKAM dan peserta untuk bertukar pandangan tentang hak asasi manusia dan bidang kepolisan. 9. Program Pendidikan Hak Asasi Manusia di Universiti Utara Malaysia (UUM) Program ini telah diadakan pada 15 Oktober sebagai salah satu aktiviti yang telah dirancang di bawah MoU dalam tempoh dua tahun. Objektif

Select target paragraph3