SUHAKAM
SUHAKAM telah pun memaklumkan semua isu yang dibangkitkan
kepada Ketua Pengarah AADK serta menggesa AADK untuk memastikan
hak pegawai kepada persekitaran kerja yang selamat dengan
menyediakan kelengkapan yang sepatutnya. Gesaan ini adalah selari
dengan Artikel 23 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan
Artikel 7 Konvensyen Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
(ICESCR).
8. Bengkel Hak Asasi Manusia untuk Ketua Bahagian Siasatan
Jenayah Daerah Zon Timur
Susulan maklum balas positif yang diterima semasa ‘Bengkel Hak Asasi
Manusia kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD)’
zon tengah dan utara Semenanjung Malaysia, serta di Malaysia Timur,
SUHAKAM telah menganjurkan bengkel yang sama di zon timur (Kelantan,
Pahang dan Terengganu) pada 4 hingga 6 Disember 2019 di Kuala
Terengganu. Bengkel ini dihadiri seramai 40 orang KBSJD memfokuskan
keadaan penggunaan kekerasan oleh agensi penguatkuasaan,
kematian dalam tahanan dan prinsip hak asasi manusia.
Semasa bengkel ini, peserta berkongsi tentang masalah yang
dihadapi oleh pegawai penyiasat (IO) iaitu kekurangan fasiliti atau
kelengkapan seperti komputer riba, mesin pencetak dan kertas,
kenderaan polis dan sebagainya. Kekurangan ini amat memberi
kesan kerana pada masa yang sama pihak pengurusan atasan PDRM
dan masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada IO. Secara
tidak langsung keadaan ini memberi tekanan kepada pegawai
dan boleh mengganggu prestasi kerja. Oleh sebab itu, mereka
mencadangkan agar SUHAKAM turut melihat aspek hak asasi manusia
IO dan membantu menyelesaikannya.
BAB 1
Selain membangkitkan mengenai hak tahanan, peserta menyuarakan
beberapa isu kritikal berkenaan hak mereka, seperti keselamatan
pegawai AADK yang menjalankan serbuan dan tangkapan. SUHAKAM
dimaklumkan bahawa mereka tidak mempunyai alatan keselamatan
seperti jaket kalis peluru atau baton. Pegawai juga perlu melakukan
beberapa tugasan yang lain dalam satu masa kerana kekangan jumlah
kakitangan di Pejabat AADK Daerah. Aspek fizikal seperti pejabat yang
lebih lengkap, pusat tahanan, mesin pencetak, CCTV, bilik fail dan
kenderaan rasmi juga perlu dinaiktaraf.
11