10
LAPORAN TAHUNAN 2019
masyarakat dan juga agensi kerajaan apabila banyak pihak
menganggap bahawa JAKOA turut bertanggungjawab terhadap
masyarakat Orang Asal di Sabah dan Sarawak. Antara cadangan yang
dikemukakan adalah perihal pentingnya mengenalpasti agensi atau
badan yang bertanggungjawab mengenai Orang Asal seterusnya
dihebahkan kepada umum untuk mengelakkan kekeliruan.
Secara keseluruhannya, para peserta mempunyai perasaan ingin
tahu, memberi kerjasama yang baik dan melibatkan diri dengan aktif,
sekaligus menjadi penyumbang kepada kejayaan bengkel ini. SUHAKAM
berhasrat untuk menganjurkan bengkel bersama JAKOA pada masa
akan datang.
7. Bengkel Hak Asasi Manusia untuk Pegawai Penguatkuasa
Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) ZON TIMUR
SUHAKAM telah menganjurkan satu bengkel hak asasi manusia
melibatkan pengarah pusat pemulihan AADK pada tahun 2018. Semasa
bengkel, terdapat cadangan agar bengkel yang sama turut diadakan
kepada pegawai penguatkuasa AADK. Susulan itu, SUHAKAM telah
mengaturkan pertemuan bersama Timbalan Ketua Pengarah AADK
(Operasi), Dato’ Izhar Bin Abu Talib, pada 24 April tahun ini. Mesyuarat
tersebut bersetuju untuk menganjurkan beberapa siri bengkel hak
asasi manusia untuk pegawai penguatkuasa AADK. Hasilnya, satu
bengkel selama tiga hari telah diadakan pada 23 hingga 25 September
di Cherating, Pahang. Seramai 39 peserta yang terdiri daripada
Ketua Unit, Pejabat AADK Negeri dan Daerah, serta pegawai yang
menjaga lokap AADK di Kelantan, Terengganu dan Pahang menyertai
bengkel tersebut.
Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan kefahaman dan
kepakaran pegawai AADK berkenaan hak asasi manusia dan berkongsi
maklumat tentang piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Aspek
polisi, kemudahan, kebajikan dan cabaran yang dihadapi yang
mana ia mungkin menjadi penghalang kepada pematuhan untuk
melaksanakan hak asasi manusia semasa menjalankan tugas serta
langkah-langkah untuk memperkukuhkan amalan hak asasi manusia
dalam kalangan pegawai AADK turut dibincangkan.