SUHAKAM
9
Antara perkara yang dibangkitkan oleh peserta adalah:
6. Bengkel Hak Asasi Manusia untuk Pegawai JAKOA
SUHAKAM telah menganjurkan bengkel ini di Seremban pada 28
hingga 30 April 2019. Bengkel ini dibiayai sepenuhnya oleh dana
Kesatuan Eropah berlangsung selama tiga hari dihadiri seramai 49
orang pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Objektif
bengkel adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memperkukuhkan
pemahaman pegawai JAKOA berhubung hak asasi manusia. Selain
itu, ia turut menyediakan ruang kepada para peserta untuk bertukar
pandangan serta pengetahuan tentang hak asasi manusia. Dr.
Juli Edo, Ketua Pengarah JAKOA yang baharu turut menghadiri
bengkel ini.
Bengkel ini merangkumi lapan sesi, lima sesi pertama adalah
berkenaan ‘Pengenalan kepada SUHAKAM’, ‘Pengenalan kepada
Hak Asasi Manusia, UDHR dan Instrumen Utama Hak Asasi Manusia
Antarabangsa’, ‘Hak Orang Asli/Asal Menurut Deklarasi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu Terhadap Orang Asal (UNDRIP)’, ‘Pengenalan
kepada Konvensyen Terhadap Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi
Terhadap Wanita (CEDAW)’, dan ‘Pengenalan kepada Konvensyen
Mengenai Hak Kanak-kanak’. Bagi sesi seterusnya, peserta bengkel
berbincang mengenai cabaran yang dihadapi; kajian kes bertujuan
menambah baik pelaksanaan elemen hak asasi manusia semasa
mengendalikan isu Orang Asli; dan tayangan filem pendek yang berkisar
isu Orang Asli.
Terdapat peserta yang menyuarakan kebimbangan mengenai
penggunaan istilah “Orang Asli” dan “Orang Asal”. Mereka
berpandangan bahawa salah faham ini berlaku dalam kalangan
BAB 1
a. Kesukaran untuk mendaftarkan sekolah dengan jabatan agama
berpunca daripada beberapa faktor seperti prosedur pendaftaran
yang rumit; kegagalan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh
pihak berkuasa tempatan, khususnya berkaitan status tanah; dan
bantahan masyarakat setempat yang menentang penubuhan
sekolah tahfiz di kawasan mereka; dan
b. Kejadian buli di sekolah tahfiz dan keperluan pihak berwajib untuk
menyediakan bantuan kewangan bagi tujuan pemasangan
kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, serta pembangunan prosedur
operasi standard (SOP) untuk melaporkan masalah buli.