8 LAPORAN TAHUNAN 2019 kepada kursus hak asasi manusia kepada pelajar UNISEL sebagai subjek elektif. Sebagai langkah untuk memastikan para pensyarah mempunyai pengetahuan hak asasi manusia yang mencukupi, SUHAKAM telah menganjurkan ToT kepada 20 orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Am UNISEL Kampus Shah Alam pada 26 hingga 27 Februari. ToT tersebut telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Lok Yim Pheng, disusuli sesi ‘Pengenalan kepada Hak Asasi Manusia dan Fungsi SUHAKAM’, ‘Triti Hak Asasi Manusia Antarabangsa’, ‘Hak Asasi Manusia dalam Konteks Malaysia’ dan ‘Isu Semasa Hak Asasi Manusia’. ToT selama 2 hari tersebut diakhiri dengan lawatan ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang realiti di pusat tahanan dan aspek hak asasi manusia yang berkaitan. Suatu pencapaian membanggakan apabila dimaklumkan bahawa UNISEL telah mula menawarkan kursus hak asasi manusia bermula bulan April 2019 dan seramai 34 orang pelajar diploma menjadi kumpulan pertama yang mengambil kursus tersebut pada tahun ini. 5. Bengkel Hak Asasi Manusia kepada Pentadbir Sekolah Tahfiz Bengkel kepada pentadbir sekolah tahfiz di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diadakan pada 3 hingga 4 Disember 2018 merupakan satu kejayaan. Susulan itu, SUHAKAM telah bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Persatuan Institusi Tahfiz AlQuran Negeri Selangor (PITAS) untuk menganjurkan bengkel untuk para pentadbir sekolah tahfiz di Selangor pada 22 hingga 23 April 2019 di Shah Alam, Selangor. Seramai 60 pentadbir sekolah tahfiz di Selangor menyertai bengkel ini yang dibahagikan kepada enam sesi ‘Pengenalan kepada SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia’ dan ‘Pengenalan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak’ oleh SUHAKAM; ‘Aspek Keselamatan Bangunan’ oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor; ‘Aspek Kesihatan Sekolah Tahfiz Swasta’ oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor; ‘Pentadbir Tahfiz Cemerlang’ oleh PITAS; dan ‘Pendaftaran Sekolah Tahfiz Swasta’ oleh JAIS.

Select target paragraph3