SUHAKAM 3 A. PENDIDIKAN DAN LATIHAN 1. Kajian semula Dasar Pendidikan Negara Semasa mesyuarat bersama jawatankuasa tersebut, SUHAKAM yang diwakili oleh Pesuruhjaya Datuk Lok Yim Pheng, membentangkan cadangan SUHAKAM yang memfokuskan kepada empat bidang utama iaitu: i. pendidikan hak asasi manusia dimasukkan sebagai salah satu objektif polisi tersebut; ii. satu Polisi Hak Asasi Manusia, terutamanya dalam bidang pentadbiran dan pengurusan KPM diperkenalkan; iii. pendidikan hak asasi manusia diperkenalkan dalam kurikulum dan ko-kurikulum di setiap peringkat pendidikan; dan, iv. pentadbiran disiplin di sekolah selari dengan prinsip hak asasi manusia. Selepas jawatankuasa tersebut menyerahkan laporannya kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malek pada bulan Mei 2019, KPM telah menganjurkan beberapa sesi perbincangan bagi pelaksanaan cadangan jawatankuasa. SUHAKAM telah turut serta dalam sesi tersebut bermula pada 6 hingga 29 November, bagi berkongsi kepakaran dan maklumat berkenaan hak asasi manusia demi penambahbaikan DPN. Semasa sesi perbincangan tersebut, SUHAKAM mendapati bahawa KPM telah membuat penambahbaikan ke atas Etika Profesyen Perguruan Malaysia yang diubah kepada Etika Guru Malaysia yang mana penghormatan terhadap hak asasi manusia dijadikan sebagai salah satu etika bagi guru. Etika terbaharu ini merupakan panduan untuk para guru di sekolah kerajaan dan swasta. KPM juga akan melaksanakan beberapa penambahbaikan ke atas Kod Etika Perguruan Malaysia supaya selaras dengan kandungan yang termaktub dalam Etika Guru Malaysia. Inisiatif yang ditunjukkan oleh KPM wajar dipuji dan SUHAKAM bersedia untuk membantu KPM dalam penyediaan draf dan pelaksanaan Kod Etika Perguruan Malaysia. BAB 1 Pada 5 Mac, SUHAKAM telah mengemukakan kertas cadangan kajian semula Dasar Pendidikan Negara (DPN) kepada Jawatankuasa Kajian Semula DPN, diketuai oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Bajunid.

Select target paragraph3