SUHAKAM
mengakui bahawa terdapat keperluan
untuk penambahbaikan dasar dan
pentadbiran, untuk mengukuhkan
pemahaman
awam
mengenai
hubungan positif antara Islam dan hak
asasi manusia di Malaysia.
SUHAKAM menyambut baik keputusan
kerajaan
untuk
menghapuskan
hukuman
mati
mandatori
bagi
11 kesalahan di bawah Kanun
Keseksaan dan Akta Senjata Api
(Penalti Lebih Berat) 1971 seterusnya
memacu ke arah penghapusan
keseluruhan hukuman mati di negara
ini. Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato’
Mah Weng Kwai dilantik sebagai ahli
jawatankuasa khas untuk mengkaji dan
membuat cadangan kepada menteri
mengenai hukuman alternatif kepada
hukuman mati dan langkah-langkah
peralihan untuk banduan hukuman
mati semasa. Susulan itu satu konsultasi
diadakan
pada
bulan
Oktober
untuk
mendapatkan
pandangan
daripada pihak berkepentingan dan
mengemukakan penemuan tersebut
kepada Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Undang-undang).
SUHAKAM menerima geran tahunan
daripada kerajaan di bawah Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999. Kekangan kewangan
yang berkaitan dengan pelantikan
kakitangan dan program menghalang
SUHAKAM daripada menjalankan
atau meneroka isu hak asasi manusia
dengan
lebih
meluas.
Dengan
mengambil
kira
tuntutan
yang
meningkat dari segi melaksanakan
mandatnya oleh kerajaan, masyarakat
“
SUHAKAM
mengulangi
seruannya untuk
menubuhkan Sistem
Tetap Pengesanan
Antara Kementerian
untuk koordinasi
yang berkesan
mengenai isu-isu
hak asasi
manusia
”
xxiii