SUHAKAM
Dalam mengiktiraf kepentingan untuk menambah baik hak kanakkanak di Malaysia, SUHAKAM turut mengalu-alukan pelantikan Prof.
Dato’ Noor Aziah Mohd. Awal sebagai Pesuruhjaya Kanak-kanak
pertama Malaysia yang mana mandat dan tugas beliau adalah
berdasarkan Akta SUHAKAM.
Tahun ini juga tugas menyiasat aduan pelanggaran hak asasi manusia
tetap menjadi fokus utama, oleh itu SUHAKAM telah menyerahkan
laporan Inkuiri Awam Kehilangan Paksa Pastor Raymond Koh dan Amri
Che Mat kepada kerajaan. Hasil siasatan ini seterusnya mendorong
kerajaan untuk membentuk pasukan petugas khas bagi menyiasat
lebih lanjut kehilangan paksa ini.
Selain itu, SUHAKAM turut bekerjasama dengan sebuah badan
bukan kerajaan, Fortify Rights untuk menjalankan siasatan berkenaan
penemuan kubur besar di Wang Kelian, Perlis. Laporan berjudul
‘Sold Like Fish’ ini mempunyai maklumat terperinci berkenaan kem
pemerdagangan manusia dan mangsa yang terlibat seterusnya
membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
mengenai Penemuan Kem Penempatan Sementara dan Kubur Besar.
Sehingga penghujung tahun 2019, RCI masih lagi dijalankan.
Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa tugas SUHAKAM adalah
penting dalam menegakkan keadilan dalam kes pelanggaran
hak asasi manusia, terutamanya yang melibatkan pihak berkuasa.
Kerjasama kerajaan dalam memastikan kes sebegini disiasat adalah
penting supaya dapat meningkatkan rekod hak asasi manusia negara.
Walaupun SUHAKAM mempunyai hubungan baik dengan kerajaan,
SUHAKAM sentiasa memantau komitmen yang dijanjikan oleh kerajaan
dan mengeluarkan kenyataan media bagi menyuarakan pandangan
SUHAKAM berkenaan perkara yang berkaitan hak asasi manusia.
SUHAKAM juga meneruskan mandatnya melalui pelbagai program
teras antaranya program SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) yang
diadakan bersama komuniti di kawasan pedalaman, nelayan dan
pekebun; bilangan penyertaan sekolah dalam modul Amalan Terbaik
Hak Asasi Manusia (ATHAM) telah meningkat daripada 222 sekolah
kepada 468 sekolah; dan Kolokium Kehakiman: Penerapan Prinsip/
Norma Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Proses Kehakiman pada
23 Mac 2019 yang telah dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima
Richard Malanjum, mantan Ketua Hakim Negara.
xi