x
LAPORAN TAHUNAN 2019
dengan pihak berkuasa agama negeri, dan Kementerian Pendidikan
dalam memperkenalkan pendidikan hak asasi manusia di sekolah serta
nasihat mengenai dasar/undang-undang yang berkaitan dengan isu
pelarian. Menteri juga mengulas mengenai Inkuiri Awam Kehilangan
Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat terutama mengenai dapatan
inkuiri yang mana akan mendorong Malaysia ke arah meratifikasi
Konvensyen Antarabangsa untuk Perlindungan Semua Orang dari
Kehilangan Yang Dipaksa (ICPPED).
Beliau turut membangkitkan isu berkaitan hak kanak-kanak, termasuk
perkahwinan kanak-kanak, penderaan dan eksploitasi seksual yang
memberikan kesan terhadap akses
pendidikan, kesihatan, kesaksamaan
dan tiada diskriminasi.
Beberapa isu lain dalam Laporan
Tahunan
SUHAKAM
2018
yang
dibangkitkan oleh ahli parlimen
seperti hak kanak-kanak, wanita,
kesaksamaan dan tiada diskriminasi,
kemiskinan, kerakyatan, pelarian dan
pencari suaka, orang kurang upaya,
pekerja, golongan lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT),
mangsa pemerdagangan manusia,
Orang Asli/Asal dan hak tanah,
mangsa kehilangan paksa, undangundang keselamatan, penglibatan
SUHAKAM
dalam
pembaharuan
dan nasihat undang-undang serta
pengukuhan SUHAKAM bagi mematuhi
sepenuhnya Prinsip Paris.
Kebanyakan ahli parlimen turut
menyokong
dan
mempercayai
bahawa
SUHAKAM
seharusnya
mendapat sokongan penuh, dibiayai
dan diperkasakan secara efektif
bagi membolehkan ia memenuhi
peranannya sebagai sebuah institusi
hak asasi manusia kebangsaan.
“
SUHAKAM
terus memainkan
peranannya sebagai
hos kepada kontinjen
Suruhanjaya Serantau
Hak Asasi Manusia
Bangsamoro Wilayah
Autonomi Filipina,
yang menyatakan
minat mereka
dalam menjadikan
struktur kerja
SUHAKAM sebagai
contoh. Semestinya
perkembangan ini
membanggakan
sekaligus
menunjukkan bahawa
SUHAKAM merupakan
institusi yang
dihormati di peringkat
antarabangsa serta
boleh dijadikan
model untuk
diteladani
”