Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam III. HARAPAN MASA DEPAN Bahagian Pendidikan beriltizam untuk memastikan konsep hak asasi manusia diketahui, difahami dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat. Walaupun konsep hak asasi manusia sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat, Bahagian Pendidikan akan berusaha lebih gigih lagi untuk memastikan yang ia difahami dan diamalkan dengan baik di dalam kehidupan seharian semua rakyat Malaysia. Suruhanjaya, menerusi Bahagian Perhubungan Awam, akan terus meningkatkan usahanya untuk menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dan meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia di semua peringkat masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuk penjenamaan korporat, advokasi awam dan kempen serta pembinaan rangkaian. 37

Select target paragraph3