Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
(b) Kunjungan Hormat dan Mesyuarat
Pada 21 April, Suruhanjaya membuat kunjungan kepada Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi. Sesi yang turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan telah
membincangkan beberapa isu hak asasi manusia yang berkaitan kajian tematik Suruhanjaya
mengenai hak kepada kesihatan di penjara dan kematian dalam tahanan polis, pekerja asing,
kanak-kanak di pusat tahanan imigresen serta pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah 1953.
Pada 28 April, Suruhanjaya telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Polis Negara,
Tan Sri Khalid Abu Bakar. Antara isu yang dibincangkan adalah kematian dalam tahanan polis,
keadaan dan kemudahan di lokap polis, syor-syor utama Suruhanjaya mengenai perhimpunan
aman, penggunaan Akta Pencegahan Jenayah dan juga maklum balas rasmi PDRM terhadap
aduan yang dilanjutkan oleh Suruhanjaya.
Pada 14 Oktober, Suruhanjaya telah bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB
Senator Datuk Paul Low Seng Kuan untuk membincangkan beberapa perkara penting berkaitan
dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen Tetap Mengenai Hak Asasi Manusia,
cadangan pindaan ke atas akta penubuhan Suruhanjaya, cadangan untuk menubuhkan majlis
media, perkembangan terbaru NHRAP, syor-syor UPR serta hukuman mati mandatori di
Malaysia.
7. HUBUNGAN MEDIA
Suruhanjaya telah mengeluarkan sebanyak 25 kenyataan media, menghadiri 22 wawancara
media dan menjawab 20 pertanyaan media mengenai pelbagai isu hak asasi manusia. Ini
termasuk isu penggunaan Akta Hasutan, Akta Pencegahan Jenayah, UPR Kedua Malaysia,
kebebasan berpersatuan dan bersuara, pemerdagangan orang, hak asasi manusia dan
perniagaan, pekerja asing, Orang Kurang Upaya (OKU), kematian dalam tahanan, empangan
Baram dan Lebuhraya Kinrara Damansara (KIDEX), penghantaran pulang 155 orang Uighur
dari Malaysia, kajian tematik Suruhanjaya mengenai hak kepada kesihatan di penjara dan juga
kematian dalam tahanan polis serta NHRAP.
Suruhanjaya juga telah mengadakan enam sidang media, di mana dua daripadanya adalah
bersempena pengumuman awam Laporan Tahunan Suruhanjaya 2013 dan Majlis Anugerah
Hak Asasi Manusia, serta empat sesi taklimat mengenai UPR yang dijalankan di Kuala
Lumpur, Terengganu, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Satu sesi media juga telah diadakan
pada 18 November di Kuching, Sarawak untuk memberi taklimat kepada media tentang kerja
Suruhanjaya dan juga beberapa isu hak asasi manusia utama di Sarawak.
Setakat 31 Disember, halaman Facebook Suruhanjaya mempunyai 3,812 peminat manakala
akaun Twitter Suruhanjaya mempunyai 8,825 pengikut.
36