Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam TARIKH BUTIRAN 7 April Di bawah aturan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Suruhanjaya menghadiri sesi perkongsian maklumat bersama dua pakar dari Amerika Syarikat iaitu Dr Timothy Shah dan Encik Eric Treene untuk bertukar pandangan dan pembelajaran mengenai isu kepelbagaian dalam masyarakat berbilang kaum. 11 Ogos Satu delegasi yang diketuai oleh Encik Ray Paolo Santiago dari Ateneo Human Rights Center telah melawat Suruhanjaya sebagai salah satu mesyuaratnya bersama pihak berkepentingan serantau. Ini adalah untuk membincangkan perkembangan hak kanak-kanak di rantau ini serta peluang kerjasama bagi memajukan agenda hak kanak-kanak di ASEAN. 24 September Suruhanjaya telah menerima delegasi dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Korea, yang diketuai oleh Ketua Pengarah Biro Penyiasatan, Encik An Seokmo. Kedua-dua Suruhanjaya berkongsi pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengendalian aduan, isu mengenai pekerja asing, penahanan pendatang asing dan pengintegrasian sosial. Suruhanjaya juga mengatur satu lawatan bagi delegasi tersebut ke sebuah pusat tahanan imigresen di Malaysia. 16 Oktober Wakil daripada Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA) telah melawat Suruhanjaya untuk mendapatkan maklumat mengenai kerja Suruhanjaya serta jalinan kerjasama dengan rangkaian hak asasi manusia serantau. 1 Disember Suruhanjaya telah menerima lawatan dari Pelapor Khas PBB Mengenai Hak kepada Kesihatan, Encik Dainius Puras serta pembantunya Cik Dolores Infante Canibano dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR). Ini adalah untuk membincangkan isu-isu dan cabaran dalam merealisasikan hak kepada kesihatan di Malaysia, terutamanya penjagaan kesihatan untuk golongan rentan. Anggota Suruhanjaya dan Pelapor Khusus PBB mengenai Hak kepada Kesihatan, Encik Dainius Puras serta pembantunya Cik Dolores Infante Canibano 35

Select target paragraph3