Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
4. HAK ASASI MANUSIA DAN SENI
Pada bulan November, Suruhanjaya untuk julung kalinya berjaya menerbitkan komik hak
asasi manusia yang terdiri daripada enam cerita menarik yang berkisar tentang prinsipprinsip CRC. Suruhanjaya merancang untuk melancarkan komik tersebut pada awal 2015 dan
mengedarkannya kepada kanak-kanak sekolah sebagai alat pendidikan untuk meningkatkan
kefahaman mereka terhadap nilai yang termaktub di dalam CRC.
5. CERAMAH DAN PAMERAN
Suruhanjaya telah meneruskan program kemasyarakatannya iaitu ‘SUHAKAM Bersama
Masyarakat’ untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti akar umbi mengenai kerja
Suruhanjaya dan juga untuk mendapatkan maklum balas daripada masyarakat tentang isu
hak asasi manusia. Ini telah diadakan di Sabak Bernam, Selangor (5 Mac), Slim River, Perak
(16 Jun), Sri Aman (19 Ogos) dan Lundu (24 September) di Sarawak dan Bachok, Kelantan (3
November).
Suruhanjaya telah dijemput oleh tiga institusi pengajian tinggi iaitu Taylor’s University, Universiti
Kolej KDU dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk menyampaikan ceramah
mengenai isu hak asasi manusia dan juga untuk mengadakan pameran di kampus mereka,
masing-masing pada 29 Mei, 2 Oktober, dan 3-4 Disember. Suruhanjaya juga telah dijemput
oleh Persatuan Undang-undang UM untuk menganjurkan gerai pameran pada 12 Disember
bersempena sambutan Hari Hak Asasi Manusia.
6. KUNJUNGAN HORMAT
(a) Lawatan dari Delegasi Dalam dan Luar Negara
Suruhanjaya telah menerima kunjungan dari 28 delegasi dari dalam dan luar negara yang
terdiri daripada NGO, agensi PBB, universiti, NHRI serta misi diplomatik. Lawatan utama yang
diterima adalah seperti yang dirumuskan berikut:
TARIKH
BUTIRAN
4 Mac
Suruhanjaya telah dilawati bekas Pengerusi Jawatankuasa PBB Mengenai
Hak Kanak-kanak (Jawatankuasa CRC) Prof Jaap E. Doek dan wakil
dari UNICEF bagi membincangkan isu yang melibatkan kerja advokasi
Suruhanjaya berkaitan hak kanak-kanak serta laporan bebas Suruhanjaya
kepada Jawatankuasa CRC.
26 Mac
Suruhanjaya dikunjungi oleh Encik Chris Duggan dari Pejabat Kebebasan
Beragama Kanada serta wakil dari Suruhanjaya Tinggi Kanada. Tujuan
utama lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pendapat mengenai isu
berkaitan kebebasan beragama serta penggalakan pluralisme dan toleransi
di negara masing-masing.
34