Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam vi. Anugerah Khas Anugerah ini diberikan kepada Hafrulidzwan Mohd Isa atas usahanya yang berterusan dalam mempromosi amalan terbaik hak asasi manusia dan kesedaran terhadap CRC di kalangan warga sekolah. Anggota Suruhanjaya bersama penerima Anugerah Hak Asasi Manusia 2014 3. SAMBUTAN HARI HAK ASASI MANUSIA Pada 10 Disember, sempena memperingati Hari Hak Asasi Manusia, Pasukan Negara PBB di Malaysia (UNCT), dengan kerjasama Suruhanjaya, Global Movement of Moderates Foundation (GMMF), Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia Malaysia (PROHAM) dan juga Majlis Peguam, telah menganjurkan Minggu Hak Asasi Manusia, yang merupakan suatu siri aktiviti bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia. Semua acara yang dijalankan berkisarkan tema ‘Hak Asasi Manusia 365’ bagi mencerminkan idea bahawa setiap hari adalah Hari Hak Asasi Manusia. Minggu Hak Asasi Manusia telah dilancarkan oleh YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri yang Bertanggungjawab bagi Tadbir Urus, Hak Asasi Manusia dan Integriti pada 8 Disember Perbincangan panel ini di Institut Integriti Malaysia (IIM). Ini diikuti oleh memberikan peluang kepada satu Perbincangan Panel Antara Agama yang bertemakan ‘Harmony in Diversity: A Human Rights ahli panel dan peserta daripada agama yang berbeza Approach’. Majlis ini telah dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli misi diplomatik, untuk berkongsi pendapat penjawat awam, ahli badan bukan kerajaan, wakil agensi-agensi PBB dan pihak media. mereka mengenai isu dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memelihara keharmonian negara di kalangan komunitinya yang majmuk dari segi bangsa, budaya dan agama. 32 Perbincangan Panel tersebut telah dipengerusikan oleh Dato’ Saifuddin Abdullah selaku CEO GMMF, dan menampilkan empat ahli panel iaitu Dr Ayang Utriza Yakin, Ulama Islam antarabangsa; Reverend Julian Leow, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur; Sister Barbara Yen dari Buddhist Maha Vihara; dan Prof Dr Suresh Kumar A/L P Govind, Presiden Majlis Pusat Sathya Sai Baba Malaysia.

Select target paragraph3