Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam
(c) Jabatan Penjara
Pada tahun ini, Suruhanjaya meneruskan program kesedaran hak asasi manusia dengan
kerjasama Jabatan Penjara. Jabatan Penjara telah menunjukkan iltizam yang kukuh dalam
memastikan anggotanya mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi berkenaan
prinsip hak asasi manusia.
Suruhanjaya telah menjalankan sepuluh kursus hak asasi manusia yang disesuaikan untuk
setiap peringkat jawatan di Jabatan Penjara. Kursus ini dibahagikan kepada tiga peringkat:
asas, pertengahan dan lanjutan. Seramai 150 orang pegawai daripada pelbagai peringkat
jawatan telah menghadiri kursus ini. Walaupun isu tematik bagi tahun 2014 adalah berkenaan
hak kesihatan banduan, kursus ini juga turut merangkumi isu hak asasi manusia yang lain
seperti hak kanak-kanak dan wanita serta pengenalan kepada instrumen hak asasi manusia
antarabangsa.
3. PENDIDIKAN KOMUNITI
(a) Road Show
Sepanjang tahun 2014, Bahagian Pendidikan telah mengadakan sesi program ‘SUHAKAM
Bersama Masyarakat’ di beberapa lokasi. Antara lain, tujuan program ini adalah untuk
menjelaskan fungsi Suruhanjaya dan sekaligus memperkenalkan Suruhanjaya kepada
masyarakat setempat. Program ini tertumpu kepada perkongsian isu hak asasi manusia
terutamanya yang dihadapi oleh masyarakat awam. Masyarakat juga berpeluang untuk
membuat aduan kepada Suruhanjaya berkenaan masalah yang dihadapi.
Jadual 2: Lokasi Program ‘SUHAKAM Bersama Masyarakat’ pada tahun 2014
NO
LOKASI
TARIKH
1.
Sabak Bernam, Selangor
5 Mac
2.
Slim River, Perak
16 Jun
3.
Bachok, Kelantan
3 November
(b) Islam dan Hak Asasi Manusia
Suruhanjaya telah mengadakan seminar bertajuk ‘Islam dan Hak Asasi Manusia’ pada 3
November di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Objektif utama program ini adalah untuk
mengenalpasti isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan Islam, serta membincangkan
dan membuat cadangan berkenaan isu tersebut kepada agensi berkaitan. Seramai 120 orang
peserta telah menghadiri program ini, termasuk para pegawai dari pelbagai jabatan Kerajaan,
ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri, wakil NGO, pengetua sekolah agama, dan ketua
masyarakat. Pelbagai isu mengenai prinsip dan nilai Islam telah dibincangkan dan acara ini
telah membuka peluang untuk para peserta dan Suruhanjaya untuk bertukar pandangan.
28