Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam Merenung masa hadapan Suruhanjaya dimaklumkan bahawa KPM telah menghentikan pelaksanaan kurikulum alternatif iaitu Kurikulum Asli Penan (KAP) yang diperkenalkan pada tahun 2006 kepada 20 buah sekolah. Tujuan KAP ini adalah untuk membantu Sekolah Orang Asli yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan, terutamanya dari segi kehadiran murid dan penguasaan kemahiran membaca KPM perlu memberikan dan mengira berdasarkan konteks setempat. Suruhanjaya berpendapat bahawa suatu kurikulum perhatian yang serius khas patut dikekalkan supaya kanak-kanak Orang kepada pengajaran dan Asli yang serba kekurangan boleh mencapai pembelajaran bahasa potensi mereka yang sepenuhnya. Suruhanjaya juga berpendapat bahawa KPM perlu memberikan dan pengetahuan Orang perhatian yang serius kepada pengajaran dan Asli sebagaimana yang pembelajaran bahasa dan pengetahuan Orang Asli diperuntukkan dalam sebagaimana yang diperuntukkan dalam Artikel 14 dan Artikel 15 Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang Perkara 14 dan Perkara Asal (UNDRIP). 15 Deklarasi PBB Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) Suruhanjaya telah membuat pemerhatian bahawa tidak ada sekolah di beberapa penempatan Orang Asli seperti di Pos Gob dan Pos Hau di Kelantan serta di Kampung Selauh, Perak, walaupun terdapat kanak-kanak yang sudah patut bersekolah. Sebagai pelengkap kepada sekolah Kerajaan, Suruhanjaya berpendapat yang JAKOA dan KPM juga perlu mempertimbangkan penubuhan Sekolah Komuniti di penempatan di mana tiada sekolah disediakan. Sekolah Komuniti ini sedikit sebanyak boleh memperkenalkan dan memperkembangkan kemahiran membaca dan mengira di samping mengajar seni dan budaya termasuk bahasa Orang Asli yang digunakan di penempatan tersebut. Suruhanjaya juga mencadangkan supaya sekolah-sekolah ini diuruskan sendiri oleh masyarakat setempat dengan bantuan kewangan dan teknikal oleh agensi yang berkaitan. Suruhanjaya telah melawat penempatan masyarakat Kanaq di Kota Tinggi. Kini, hanya terdapat 87 orang yang diklasifikasikan sebagai orang Kanaq dan kebanyakan mereka adalah buta 24

Select target paragraph3