Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam bukan sahaja kepada kanak-kanak, guru dan tenaga pentadbir sekolah tetapi juga kepada ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya. Suruhanjaya memerhatikan bahawa kebanyakan sekolah yang dilawati pada tahun 2014 sedikit sebanyak telah berjaya menerapkan program ini dalam aktiviti sekolah mereka. SMK Muhibbah, Perak adalah satu lagi sekolah contoh untuk ATHAM selain daripada SMK Taman Tun Dr Ismail, WP. KPM mempunyai program yang dikenali sebagai ‘Transformasi Asrama’ dan SMK Muhibbah telah menerapkan konsep dan idea ATHAM dalam program ini. Program ini begitu berjaya sehinggakan Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah menjadikannya sebagai program contoh untuk asrama di sekolah lain. Berikutan kejayaan program ini, banyak sekolah di dalam dan luar Perak dan juga pegawai tinggi dari Putrajaya telah melawat asrama tersebut. Jurulatih Utama sekolah ini telah dijemput oleh banyak sekolah dan jabatan untuk berkongsi mengenai kejayaan sekolah beliau. Sekolah ini juga mempunyai laman sesawang untuk berkongsi maklumat tentang aktiviti mereka. SMK Tok Labu, Pulau Pinang telah menjadi sebuah sekolah yang mesra pelajar dalam menangani isu-isu disiplin selepas Pengetuanya menghadiri seminar ATHAM pada tahun 2013. Suruhanjaya juga telah dijemput oleh pihak sekolah untuk berkongsi amalan terbaik sekolah lain bersama guru-guru di sekolah itu. Suruhanjaya dimaklumkan yang hasil daripada program ini, terdapat peningkatan ketara dalam rekod kehadiran pelajar dan pengurangan kes vandalisme. SK Penderas, Temerloh, Pahang adalah sebuah sekolah Orang Asli. Sekolah ini telah mendapat perhatian Jabatan Pelajaran Negeri Pahang susulan daripada program ATHAM. Sekolah ini menggunakan pendekatan bekerja bersama masyarakat dan, dengan itu, sentiasa menjemput ibu bapa dan komuniti sekitarnya untuk mengambil bahagian dan menyumbang kepada kebanyakan aktiviti sekolah. Ini menyebabkan ibu bapa dan masyarakat setempat menyedari kepentingan pendidikan. Untuk meningkatkan keyakinan dan harga diri kanak-kanak, sekolah tersebut telah mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri. Suruhanjaya mendapati bahawa kanak-kanak di sekolah ini aktif dan boleh berinteraksi dengan para guru serta masyarakat sekeliling. Salah satu matlamat ATHAM di sekolah Orang Asli adalah untuk menggalakkan pembentukan peribadi dan pembangunan sahsiah kanak-kanak Orang Asli dan sekolah ini telah berjaya mencapai matlamat tersebut. Suruhanjaya juga telah menyaksikan perubahan positif di SK Bukit Kemandul, Selangor dan SK Ulu Geruntum, Perak. Semasa lawatan oleh Suruhanjaya, didapati kanak-kanak di sekolah ini aktif dan mudah bergaul, serta terdapat pengurangan dalam kes vandalisme. SJKT Sg Pelek, Selangor telah menjadi sebuah sekolah yang sangat informatif, melalui pelbagai poster dengan maklumat hak asasi manusia yang dipaparkan di dalam bilik darjah, koridor dan papan kenyataan. Mereka juga menggalakkan penyertaan beramai-ramai murid dalam aktiviti sekolah dan komuniti setempat. Pihak sekolah mengamalkan pendekatan inklusif di mana ibu bapa dan masyarakat sentiasa dialu-alukan untuk menyumbang dan mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah. Sekolah ini sangat aktif menjalankan aktiviti seperti Hari Merdeka, Hari Sukan Tahunan, Hari Kokurikulum, Hari Deepavali, Hari Kanak-kanak dan Mesyuarat Tahunan PIBG. 21

Select target paragraph3