Bab 1 - Laporan Bahagian Pendidikan dan Perhubungan Awam I. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI “Mengapa orang-orang itu rasa mereka mesti bunuh Malala?” Jawab saya, “Kerana pendidikan adalah sesuatu yang berkuasa.” Angelina Jolie Pelakon, Duta Khas UNHCR Usaha untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran mengenai hak asasi manusia terus menjadi salah satu keutamaan Suruhanjaya. Sepanjang tahun 2014, Bahagian Pendidikan dan Promosi telah menganjur dan menjalankan pelbagai program dengan agensi Kerajaan, sekolah, institusi pengajian tinggi, badan korporat dan masyarakat sivil. 1. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA (a) Program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia Di Sekolah (ATHAM) Program ATHAM direka untuk menerapkan nilai dan prinsip hak asasi manusia ke dalam sistem sekolah itu sendiri. Tujuan utama program ini adalah untuk membentuk dan memupuk persekitaran di mana hak asasi manusia bukan sahaja diajar dan dipelajari, tetapi diamalkan, dihormati dan didorong oleh pelajar, guru dan pentadbir. Kejayaan sekolah perintis dalam menjalankan program ini telah meyakinkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperluaskan program ini ke 138 buah sekolah aliran perdana dan 93 buah sekolah Orang Asli pada tahun 2014. Suruhanjaya juga telah memilih sebilangan guru untuk menjadi jurulatih dan bagi tujuan itu, pengetahuan telah disampaikan kepada mereka melalui latihan intensif. Sebagai sebahagian daripada rancangan untuk memindahkan pemilikan dan tanggungjawab kepada KPM, Suruhanjaya telah melatih 10 orang guru sebagai Jurulatih Utama untuk program ini. Kebanyakan daripada mereka adalah Jurulatih Utama Kaunselor Negeri dan dengan kemahiran yang ada, mereka telah membantu Suruhanjaya untuk merapatkan jurang objektif antara Suruhanjaya dan KPM dalam melaksanakan program ini. Kini, program ini telah disesuaikan dengan keperluan KPM. Pendekatan ini lebih konstruktif kerana para penyelaras di peringkat sekolah berpeluang belajar daripada pengalaman langsung para jurulatih yang juga merupakan guruguru yang telah berjaya melaksanakan program ATHAM di sekolah masing-masing. Program ini telah membolehkan Suruhanjaya menyebarkan pengetahuan mengenai hak asasi manusia 20

Select target paragraph3