Isu-Isu Utama
Malaysia telah menerima 150 syor, 113 diterima secara penuh, 22 diterima secara prinsip dan
15 diterima secara bahagian. Malaysia tidak menyokong 83 syor berkenaan perubahan pada
undang-undang yang sedang beroperasi, serta peraturan dan polisi yang belum bersedia untuk
dilaksanakan pada ketika ini. Antara syor yang diterima sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
adalah berkenaan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, terutamanya pembasmian kemiskinan,
akses kepada pendidikan dan kesihatan, penambahbaikan status hak wanita dan kesaksamaan
gender serta menghapuskan pemerdagangan orang.
Kerajaan juga menyokong syor untuk memperkasakan mekanisme hak asasi manusia
nasional, promosi dan perlindungan hak asasi kanak-kanak dan orang kurang upaya dan juga
akses pekerja asing kepada keadilan. Suruhanjaya mengharapkan agar Kerajaan Malaysia
mempertimbangkan syor ini secara positif dan seterusnya menerimanya sebanyak mungkin
untuk memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan hak asasi manusia di
peringkat nasional.
Namun begitu, Suruhanjaya kesal kerana syor berkenaan penyertaan kepada triti utama hak
asasi manusia, pembaharuan perundangan dan pemansuhan hukuman mati tidak disokong
oleh Kerajaan. Suruhanjaya berasa gusar kerana ini akan menghindar Negara daripada
memperbaiki rekod hak asasi manusia di samping menghalang Malaysia daripada mencapai
status negara maju pada penghujung dekad ini. Suruhanjaya juga kesal kerana Kerajaan tidak
menyokong enam syor utama berkenaan Orang Asal, terutamanya syor yang berkaitan dengan
hak kepada tanah yang mana ianya selari dengan syor-syor yang terkandung di dalam Laporan
Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli di Malaysia.
9. KEBEBASAN BERHIMPUN
Merujuk kepada perhimpunan awam, Suruhanjaya menyatakan harapan agar keseimbangan
hak di antara kumpulan-kumpulan berbeza yang terlibat di dalam tunjuk perasaan aman akan
dapat dicapai. Walaupun pihak polis mempunyai kuasa berhubung pengawasan sesuatu tunjuk
perasan, Suruhanjaya berharap agar dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut,
amalan terbaik serta norma antarabangsa mengenai kebebasan berhimpun dapat dipatuhi.
Suruhanjaya juga berharap agar semua tunjuk perasaan dianggap sebagai aman melainkan
jika terdapat bukti yang jelas dan meyakinkan bahawa penganjur atau peserta berniat untuk
menggunakan atau mendorong kepada keganasan dan berkemungkinan keganasan akan
berlaku.
10. KAJIAN SEMULA UNDANG-UNDANG
Pada 2014, Suruhanjaya telah membuat beberapa pemerhatian terhadap beberapa cadangan
untuk memperkenalkan dan/atau menggunapakai undang-undang kontroversi tertentu, seperti
berikut.
14