Isu-Isu Utama iii. untuk menambahbaik dan memperkukuhkan infrastruktur dan fasiliti untuk siasatan yang lebih efektif; iv. Untuk mengenalpasti amalan terbaik di negara-negara lain yang menyumbang kepada pengurangan kematian dalam tahanan; dan v. Untuk membangunkan satu modul latihan berdasarkan hasil penemuan dan syor-syor dalam menyampaikan maklumat yang releven kepada pihak polis. Laporan kaji selidik Suruhanjaya ini, yang dijangka akan siap pada tahun 2015, akan menggariskan punca-punca yang membawa kepada kematian dalam tahanan; pemerhatian dan hasil dapatan Suruhanjaya kepada isu-isu; serta syor-syor yang bersesuaian sebagai langkah untuk mengurangkan kematian dalam tahanan. 4. HAK KEPADA KESIHATAN DI PENJARA Kajian tematik kedua Suruhanjaya, adalah berkenaan hak kesihatan di penjara, yang dijalankan dengan objektif keseluruhan untuk memastikan keadaan penjara di dalam negara ini berasaskan perlembagaan dan konsisten dengan piawaian kesihatan, keselamatan dan martabat kemanusiaan dalam mencapai sistem keadilan jenayah yang menghormati hak-hak individu. Kajian ini berpandukan Prinsip Asas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Layanan Terhadap Banduan (1990) yang menetapkan bahawa “banduan hendaklah diberikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang ada di negara tanpa diskriminasi berdasarkan kepada status perundangan mereka” (Prinsip 9, A/RES/45/111). Metodologi penyelidikan meliputi pengumpulan data yang berkaitan melalui kajian dan penelitian semula amalan dan prosedur penjara yang releven kepada hak kepada kesihatan. Dalam menjalankan kajian ini, Suruhanjaya telah melawat 24 buah penjara dan menemubual seramai 5,484 orang banduan (lelaki dan wanita), 893 orang kakitangan penjara dan 51 orang pembantu perubatan. Pada masa ini, data yang dikumpul sedang disusun dan dianalisis. Laporan penuh berkenaan keadaan kesihatan di penjara Malaysia serta syor-syor termasuk amalan terbaik antarabangsa akan diterbitkan pada tahun 2015. 5. PENDIDIKAN HAK ASASI DI SEKOLAH Menyedari bahawa sekolah adalah tempat terbaik untuk menyemai dan memupuk nilainilai hak asasi manusia untuk generasi akan datang, Suruhanjaya, bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pada tahun 2008 telah memperkenalkan Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM). Program ATHAM direka untuk mengintegrasikan nilai dan prinsip hak asasi manusia di dalam sistem sekolah, dan ia telah diperluaskan ke 138 sekolah awam dan 93 sekolah Orang Asli pada tahun 2014. Beberapa orang guru telah dilatih sebagai Jurulatih Utama untuk memimpin dan melatih guru-guru lain berkenaan program ini. Suruhanjaya mendapati 10

Select target paragraph3