Bab 1 - Laporan Kumpulan Pendidikan dan Perhubungan Awam I. BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN PROMOSI Pendidikan merupakan hak asasi manusia yang mempunyai kuasa yang sangat besar untuk melakukan perubahan. Ia adalah tapak kepada asas kebebasan, demokrasi dan pembangunan manusia yang lestari. Kofi Annan Hasrat Suruhanjaya untuk mengukuhkan tugas advokasi telah membawa kepada penggabungan tiga bahagian - Pendidikan dan Promosi, Perhubungan Awam dan Penerbitan - di bawah Kumpulan Pendidikan dan Perhubungan Awam (EPRG). Setiap bahagian melalui aktiviti masing-masing, adalah bertanggungjawab untuk mempromosikan hak asasi manusia dan mendidik pihak-pihak berkepentingan. 1. PENDIDIKAN HAK ASASI MANUSIA (a) Institut Pengajian Tinggi (IPT) Suruhanjaya telah menganjurkan empat bengkel dan ceramah mengenai hak asasi manusia kepada mahasiswa dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), sebagai sebahagian daripada aktiviti yang telah dikenal pasti terkandung dalam Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada 2011 untuk tempoh masa tiga tahun. Suruhanjaya turut dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai hak asasi manusia di beberapa IPT lain. Satu perkembangan yang memberangsangkan telah dicatatkan apabila Suruhanjaya telah dijemput untuk memantau pilihanraya kampus di Universiti Islam Antarabangsa pada 2 Oktober. Suruhanjaya mengalu-alukan kerjasama ini dan berharap universiti-universiti lain akan mengambil langkah yang sama. 28

Select target paragraph3