Isu-Isu Utama
Selepas Perbincangan Meja Bulat mengenai CAT yang telah diadakan pada tahun 2011,
Suruhanjaya telah menghantar laporan yang mengandungi syor-syor yang tegas kepada
Kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan dengan harapan dapat mempergiatkan lagi
sokongan untuk menyertai triti tersebut. Suruhanjaya berpendapat bahawa Malaysia seharusnya
sudah bersedia mengambil langkah-langkah aktif untuk menyertai CAT, berikutan jaminan
yang dibuat semasa sesi UPR pada tahun 2009. Undang-undang, dasar dan amalan yang tidak
mematuhi triti itu tidak harus dilihat sebagai halangan dari segi penyertaan, sebaliknya, CAT
harus digunakan sebagai asas untuk penambahbaikkan secara beransur-ansur. Pendekatan
yang sama perlu digunakan bagi triti hak asasi manusia yang lain.
13. PELAN TINDAKAN HAK ASASI MANUSIA NASIONAL (NHRAP)
Suruhanjaya menghargai usaha Kerajaan, melalui agensi fokal, Bahagian Hal Ehwal UndangUndang, Jabatan Perdana Menteri, dalam melibatkan Suruhanjaya dan organisasi-organisasi
masyarakat sivil di peringkat persediaan untuk mendapatkan maklum balas mengenai
pembangunan NHRAP. Di samping itu, Suruhanjaya memuji penubuhan Jawatankuasa
Penyelarasan Pembangunan NHRAP, di mana Suruhanjaya dikenal pasti telah sebagai ahli, dan
berharap dapat menyumbang idea dan nasihat bagi membangunkan NHRAP yang berwawasan
lagi praktikal.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya berasa bimbang tentang perkembangan yang kurang
memberangsangkan dan berharap agar Kerajaan dapat memastikan penyiapan NHRAP
menjadi keutamaan. Suruhanjaya berharap bahawa Kerajaan juga akan mempertimbangkan
untuk menggabungkan syor-syor daripada UPR dan sesi-sesi badan triti mengenai Malaysia
dalam NHRAP.
14. JAWATANKUASA PEMILIH PARLIMEN MENGENAI HAK ASASI
MANUSIA
Suruhanjaya, sepertimana yang dikehendaki oleh Seksyen 21(1) Akta penubuhannya, Akta
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, telah mengemukakan Laporan Tahunannya
kepada Parlimen pada setiap persidangan pertama sejak penubuhannya, namun tidak ada
satu daripada laporan tersebut yang dibahaskan. Walau bagaimanapun, pengumuman barubaru ini mengenai penubuhan Jawatankuasa Pemilih Tetap Parlimen Mengenai Hak Asasi
Manusia (PSC) amat dialu-alukan oleh Suruhanjaya dan dilihat sebagai langkah positif ke
arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia. PSC akan menyediakan suatu forum penting
bagi Ahli Parlimen untuk membincangkan hasil dapatan Laporan Tahunan Suruhanjaya bagi
menangani isu-isu yang dibangkitkan dan mempertimbangkan syor-syor yang dikemukakan.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya akan terus menggesa Kerajaan untuk membentang dan
membahaskan Laporan Tahunannya di Parlimen, selaras dengan amalan yang lakukan di
kebanyakan negara yang mempunyai NHRI.
25