Isu-Isu Utama 7. PEMERDANGANGAN ORANG Bagi tahun ketiga berturut-turut, Malaysia diletakkan pada Kedudukan Kedua Senarai Pemerhatian dalam laporan Pemerdagangan Orang 2012 (TIP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, berdasarkan pematuhan negara dengan Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA). Oleh sebab Malaysia adalah sebuah destinasi popular bagi pekerja migran untuk mendapatkan peluang ekonomi atau sebagai negara transit, kelompok rentan ini terdedah kepada paksaan untuk pemerdagangan seks dan buruh. Adalah menjadi harapan Suruhanjaya bahawa mangsa TIP dan penyeludupan pekerja migran akan dilindungi di semua peringkat, selaras dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, terutamanya Wanita dan Kanak-kanak. Adalah diakui bahawa TIP dan penyeludupan migran adalah isu-isu yang kompleks yang melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dan aktor di seluruh rantaian pemerdagangan, dengan pelbagai peringkat pertukaran dan modus operandi. Namun, Suruhanjaya berpendapat bahawa tindakan segera diperlukan dalam berurusan dengan kes-kes ini. Suruhanjaya sebelum ini telah mengesyorkan bahawa Kerajaan mengambil langkah-langkah untuk mengenal pasti dan menangkap pesalah atau penjenayah yang disyaki dan mengambil tindakan tegas terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dengan mereka. Pendakwaan ke atas pesalah-pesalah, perlindungan mangsa dan pencegahan insiden baru pemerdagangan mesti diuruskan dengan kerjasama antara Kerajaan, khususnya Majlis AntiPemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) dan kumpulan-kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik, serta badan-badan berkepentingan di peringkat serantau dan antarabangsa. Adalah menjadi harapan Suruhanjaya bahawa mangsa TIP dan penyeludupan pekerja migran akan dilindungi di semua peringkat, selaras dengan piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB iaitu Protokol untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutamanya Wanita dan Kanak-kanak. 8. HAK ASASI MANUSIA DAN PERNIAGAAN Pada 3 Februari, Suruhanjaya menerima memorandum mengenai kesan terhadap Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Memorandum ini dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan Positive Malaysia Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG+). Susulan daripada memorandum ini, Suruhanjaya telah menganjurkan Perbincangan Meja Bulat dengan NGO yang berkaitan untuk mendengar perkara yang menjadi kebimbangan mereka. Ini termasuklah kurangnya rundingan dengan pihak berkepentingan, kemungkinan impak peningkatan perlindungan harta intelek terhadap akses kepada ubat-ubatan yang mampu dibeli, isu-isu dalam pelaburan, kesan kepada dagangan liberal ke atas beras dan produk-produk pertanian, dan hak-hak pekerja. 22

Select target paragraph3