Isu-Isu Utama
yang mana pembantu rumah tersebut tidak mempunyai jalan lain jika hak mereka
dicabuli oleh majikan. Suruhanjaya mengesyorkan supaya pembantu rumah warga asing
disediakan dengan remedi yang sesuai terhadap penganiayaan oleh majikan dan supaya
mereka dibenarkan untuk terus tinggal dan bekerja di negara ini sementara menunggu
perbicaraan. Turut dikesali gaji minimum tidak terpakai kepada pembantu rumah.
Suruhanjaya mengesyorkan bahawa Malaysia mengesahkan peruntukan untuk melindungi
hak pembantu rumah warga asing, dan meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh
Antarabangsa No 189 mengenai pekerjaan yang sewajarnya untuk pembantu rumah.
(ii)
Pencari Suaka dan Orang Pelarian
Malaysia bukan ahli kepada Konvensyen PBB berkenaan Status Orang Pelarian 1951 dan
Protokol Pilihan 1967. Undang-undang negara juga tidak membezakan antara pelarian,
pemohon suaka dan pendatang tanpa izin. Oleh itu, hak-hak mereka adalah terhad dari
segi akses kepada pendidikan formal, pekerjaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.
Setelah ditangkap, mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah. Hanya
dengan campur tangan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian, mereka dibebaskan
dari depot tahanan imigresen. Suruhanjaya mengulangi bahawa Malaysia, sebagai ahli
PBB dan Majlis Hak Asasi Manusia, bertanggungjawab untuk melindungi dan membantu
pencari suaka dan pelarian, walaupun ia tidak menyertai konvensyen antarabangsa yang
berkaitan.
6. PERANAN SURUHANJAYA DI MAHKAMAH
Suruhanjaya bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes-kes yang melibatkan hak untuk
mengundi (Teo Soon Heng & 5 Others lwn the Election Commission of Malaysia), hak wanita
(Gan Soh Eng & 7 Ors lwn Guppy Plastic Industries Sdn Bhd) dan kebebasan beragama (Zaina
Abidin bin Hamid @ S Maniam & 3 Ors lwn Government of Malaysia & 3 Ors). Penglibatan ini
telah memberi peluang kepada Suruhanjaya untuk memberi input bebas berdasarkan prinsipprinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, UDHR atau
CEDAW.
Dalam ketiga-tiga kes, Suruhanjaya telah diwakili oleh Pesuruhjaya dan seorang peguam dari
Majlis Peguam atas dasar pro bono. Suruhanjaya menghargai sokongan Peguam dan Badan
Kehakiman, kerana bersetuju dengan permohonan sebagai peguam pemerhati.
Di samping itu, Suruhanjaya akan meneruskan penglibatannya dalam kes-kes jenayah di
peringkat mitigasi dan proses menjatuhkan hukuman, untuk memastikan bahawa prinsip hak
asasi manusia diberi perhatian yang sewajarnya oleh mahkamah dalam menentukan hukuman
yang sesuai.
21