Isu-Isu Utama
mereka untuk hidup, tiada-diskriminasi, hak-hak yang sama rata, akses kepada keadilan, dan
penyertaan dalam kegiatan politik. OKU berhak untuk mengamalkan hak sivil, politik, sosial,
ekonomi dan kebudayaan secara saksama sebagaimana orang lain.
(e) Orientasi Seksual dan Identiti Gender
Pada tahun ini, Suruhanjaya adalah antara kelompok masyarakat yang tersentak dengan
penerbitan panduan ibubapa yang menggambarkan ‘simptom-simptom’ homoseksual.
Panduan ini dilapor diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan Majlis Pemuafakatan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Putrajaya yang dilancarkan di satu seminar pada 12 September.
Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran merasmikan seminar itu, Kementerian Pelajaran
kemudiannya menafikan telah meluluskan garis panduan mengenai ‘bagaimana untuk
mengenalpasti ciri-ciri anak anak gay dan lesbian’ di sekolah.
Suruhanjaya berpendapat bahawa, tanpa mengira orientasi seksual atau identiti gender, semua
orang berhak kepada hak-hak dan kebebasan asasi. Suruhanjaya berpendapat bahawa kes-kes
yang melibatkan kanak-kanak sekolah harus dikendalikan dengan berhati-hati dan bimbingan
yang betul harus diberikan untuk memastikan rasa hormat kepada semua manusia, dan untuk
mengelakkan diskriminasi berdasarkan orientasi seksual.
Pada bulan Oktober, empat orang transeksual Muslim berusaha untuk mencabar Seksyen
66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 - atas alasan tiada-diskriminasi dan
kebebasan bersuara - yang melarang mana-mana lelaki daripada berpakaian atau berkelakuan
sebagai seorang wanita. Menurut laporan media, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa
Enakmen tersebut mengecualikan kebebasan asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Beberapa NGO mengutuk keputusan hakim, mendakwa bahawa keputusan mahkamah yang
tidak memuaskan itu akan mewujudkan satu preceden yang tidak selamat, dalam menetapkan
bahawa Undang-undang Islam yang digubal oleh Negeri mengatasi kebebasan asasi yang
dijamin oleh Perlembagaan.
Walaupun Suruhanjaya mengakui sistem dwi undang-undang negara, yang terdiri daripada
undang-undang sekular yang terpakai kepada semua warganegara dan Undang-undang Syariah
yang terpakai kepada Orang Islam, ia khuatir bahawa penghakiman itu mungkin mempunyai
satu kesan negatif kepada golongan minoriti seksual dan mendedahkan mereka kepada
gangguan, diskriminasi dan ugutan yang berterusan. Suruhanjaya berharap pihak berkuasa
akan bertindak adil dalam memastikan golongan ini diberikan maruah dan rasa hormat yang
berhak dimiliki oleh semua manusia.
(d) Pekerja Migran, Pencari Suaka dan Pelarian
(i)
20
Pekerja Migran
Secara umum, pekerja migran dilindungi oleh Akta Pekerja 1955. Walau
bagaimanapun, Akta ini tidak meliputi pembantu rumah asing. Pada masa yang sama,
tidak ada kesatuan sekerja khusus untuk pembantu rumah warga asing. Persatuan
sedia ada umumnya didominasi kaum lelaki, yang telah mewujudkan satu persekitaran