Isu-Isu Utama Suruhanjaya akan terus bekerjasama dengan Jawatankuasa CEDAW dan memantau pelaksanaan Komen Kesimpulan Jawatankuasa CEDAW untuk memastikan kesaksamaan substantif dan pencegahan diskriminasi wanita. Suruhanjaya mengulangi semula seruannya kepada Kerajaan untuk menarik balik reservasi selebihnya kepada Artikel 9(2), 16(1)(a), 16(1)(c), 16(1)(f), 16(1)(g) CEDAW dan meratifikasi Protokol Pilihan. Di samping itu, Suruhanjaya akan mempromosi dan memantau kesaksamaan gender untuk memastikan bahawa ianya selaras dengan rangka kerja berasaskan hak yang dinyatakan dalam CEDAW. (c) Orang Asal/Asli (OA) Suruhanjaya telah selesai menjalankan pendengaran awam Inkuri Nasional Mengenai Hak Ke Atas Tanah Orang Asal/Asli (NI) yang kini dalam proses menyiapkan laporan, yang dijangka akan diterbitkan dalam bulan Januari 2013. Penemuan awal mendapati bahawa kekangan perundangan, polisi Artikel 9 CRPD dan pentadbiran menghalang hak OA kepada tanah; dan kesan pengiktirafan hak tanah ke atas sosio-budaya, menyatakan bahawa, psikologi, ekonomi, politik, kesihatan dan alam sekitar. Suruhanjaya juga mengetuai projek Forum Institusi Hak Asasi Manusia Nasional Asia Tenggara (SEANF) mengenai hak OA. Di bawah projek ini, ahli-ahli SEANF akan membangun dan menyiapkan kertas kerja mengenai ‘Amalan Baik dalam Mempromosi dan Melindungi Hak OA’ menjelang 2013. Suruhanjaya berharap bahawa kedua-dua Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan mempertimbangkan secara serius dan segera terhadap isu-isu yang telah dikenal pasti dan syor-syor dalam kedua-dua laporan, dan melaksanakannya bagi memastikan pengiktirafan hak tanah OA serta hak mereka kepada pendidikan, ekonomi dan sistem perundangan. (d) Orang Kurang Upaya Aduan dan isu-isu terus dibangkitkan kepada Suruhanjaya berhubung dengan, antara lain, pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU), sistem pendidikan, akses kepada kemudahan awam, kemudahan dan perkhidmatan bangunan, kemudahan pengangkutan awam, peluang pekerjaan, dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Sekali lagi, Suruhanjaya menggesa Kerajaan untuk memenuhi obligasinya di bawah CRPD dengan memastikan bahawa OKU menikmati hak sedia ada dalam usaha untuk membolehkan OKU hidup berdikari dan mengambil bahagian dalam semua aspek kehidupan, negaranegara ahli hendaklah mengambil langkahlangkah yang sesuai untuk memastikan ... akses, atas asas kesaksamaan dengan orang lain, kepada persekitaran fizikal, pengangkutan, maklumat dan komunikasi, termasuk teknologi maklumat dan komunikasi dan sistem, dan kemudahan dan perkhidmatan lain yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai, sama ada di bandar dan luar bandar. 19

Select target paragraph3