Isu-Isu Utama Suruhanjaya meneruskan perlindungan hak kanak-kanak dalam pelbagai bidang lain. Dalam menyediakan Laporan CRC 2012 kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia telah mengumpulkan maklumat, dan meminta pandangan kanak-kanak sekolah terhadap isu-isu tertentu mengenai hak asasi manusia, seperti setakat mana penikmatan kebebasan bersuara, hak untuk mendapatkan pendidikan, hubungan antara kaum, hukuman rotan dan masalah buli, kanak-kanak kurang upaya, dan hak anak-anak OA, kanak-kanak pelarian dan tiada status kewarganegaraan. Suruhanjaya mendapati bahawa, secara keseluruhan, terdapat kekurangan dalam penglibatan jentera Kerajaan dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan, dan merealisasikan matlamat CRC. Terdapat juga kekurangan penglibatan oleh Kementerian berkaitan dalam membuat keputusan yang memberi kesan kepada kanak-kanak, yang mana melanggar semangat CRC. Oleh itu, Suruhanjaya mengulangi semula bahawa Kerajaan harus mematuhi pendekatan inklusif dalam menegakkan, mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak, berpandukan prinsip-prinsip dalam CRC. Kerajaan juga mesti melibatkan diri dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk kanak-kanak itu sendiri, dalam sebarang proses membuat keputusan yang berkaitan dengan nikmat untuk mendapatkan hak kewujudan, perlindungan, pembangunan, dan penyertaan sepenuhnya oleh kanak-kanak. Selepas Perbincangan Meja Bulat yang diadakan pada tahun 2011 mengenai Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan atau Menjatuhkan Maruah (CAT), Suruhanjaya menyeru Kerajaan untuk menghapuskan hukuman rotan di sekolah dan mengambil langkah segera untuk mencari pendekatan alternatif dalam mendisiplinkan anak-anak tanpa memudaratkan fizikal dan mental mereka. Suruhanjaya juga menggesa Kerajaan untuk segera menghapuskan reservasi kepada Artikel 28(1)(A) CRC dan Artikel 15 Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD), di mana kedua-duanya melarang penyeksaan. Reservasi kepada Artikel tersebut boleh mencerminkan pengabaian berterusan Malaysia untuk menghalang penyeksaan. (b) Wanita Suruhanjaya juga sedang menyediakan Laporan Bebas 2012 kepada PBB mengenai Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW), dengan tumpuan khusus mengenai tindakan Kerajaan berhubung komen dan syor-syor yang disediakan oleh Jawatankuasa CEDAW dalam Komen Kesimpulan pada tahun 2006. Antara isu yang dibangkitkan adalah ketiadaan Akta Kesaksamaan Gender; dwi standard terhadap hak kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan; penderaan seksual dan keganasan rumahtangga, serta rogol dalam perkahwinan; hak kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan; kemasukan peruntukan terhadap gangguan seksual dalam Akta Kerja; cuti bersalin; penyertaan wanita di tempat kerja; pemerdagangan wanita; hak ibu tunggal; konflik antara Undang-undang Syariah dan Sivil berhubung dengan perkahwinan; pekerja domestik migran; wanita pelarian atau pemohon suaka; dan Protokol Pilihan kepada CEDAW. 18

Select target paragraph3