Isu-Isu Utama
•
Seksyen 6 membenarkan pintasan komunikasi yang mungkin melanggar kebebasan
dan hak privasi individu.
•
Seksyen 30 mengkehendaki mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya, untuk
memerintahkan penahanan seseorang sementara menunggu kesemua rayuan
dibuat sepenuhnya.
Suruhanjaya ambil maklum bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
tidak menjejaskan apa-apa perintah tahanan yang dikeluarkan sebelum 31 Julai melainkan
dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri. Oleh itu, Suruhanjaya menggesa pihak berkuasa untuk
membebaskan mereka yang masih ditahan di bawah ISA dan memberi hak kepada perbicaraan
terbuka dengan diwakili peguam. Walaupun pendirian yang tegas adalah wajar terhadap
ancaman keselamatan awam dan ketenteraman negara, ini tidak seharusnya menjejaskan
prinsip-prinsip hak asasi manusia.
(b) Cadangan Pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan Penggubalan Akta Harmoni
Nasional
Suruhanjaya mengalu-alukan cadangan pemansuhan Akta Hasutan 1948, iaitu salah satu
daripada undang-undang yang telah sekian lama Suruhanjaya menyeru agar dimansuhkan oleh
Kerajaan, dan berharap pemansuhan Akta ini dapat memberi penikmatan hak asasi manusia
kepada kebebasan bersuara sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan
yang termaktub dalam Artikel 19 UDHR.
Suruhanjaya terus mengalu-alukan cadangan Akta Harmoni Nasional dan ambil maklum akan
niat untuk mengimbangi antara jaminan kebebasan bersuara dan mengendalikan kerumitan
masyarakat majmuk di Malaysia. Ia mencadangkan supaya Akta tersebut digubal secara
telus, melalui rundingan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya, bagi
memastikan pematuhan prinsip-prinsip hak asasi manusia.
(c) Pembatalan Proklamasi Darurat
Suruhanjaya memuji pembatalan tiga lagi Proklamasi Darurat yang masing-masing dikeluarkan
pada tahun 1966, 1969 dan 1977. Ini juga memberikan kesan kepada pembatalan undangundang yang berkaitan, seperti Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 dan Ordinan Darurat
(Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, yang melanggar prinsip-prinsip asas
hak asasi manusia dengan membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.
Walaupun beberapa tahanan kemudiannya telah dibebaskan, yang lain perlu menunggu
sehingga tamat tempoh yang dinyatakan dalam perintah tahanan mereka. Suruhanjaya menyeru
agar tahanan diberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam.
14