Isu-Isu Utama ISU-ISU UTAMA Menafikan hak asasi manusia adalah mencabar kemanusiaan mereka. Nelson Mandela Komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan September 2011 untuk memansuh atau meminda undang-undang yang telah lama dianggap sebagai menindas prinsip-prinsip hak asasi manusia telah membuahkan hasil pada tahun 2012, dengan pembatalan tiga Perisytiharan Darurat dan luputnya undang-undang yang berkaitan, serta: • Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933; • Pindaan kepada, antara lain, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Polis 1967, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971; dan • Penggubalan Akta Perhimpunan Aman Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. 2012 dan Akta Kesalahan Walaupun Suruhanjaya mengalu-alukan inisiatif ini, dan menyokong Kerajaan dalam usahanya ke arah pembaharuan demokratik serta untuk melindungi hak asasi manusia dan kebebasan, terdapat beberapa masalah dengan peruntukan-peruntukan tertentu dalam undang-undang baru dan undang-undang yang dipinda yang perlu diselesaikan. Di samping itu, terdapat isuisu hak asasi manusia yang belum diselesaikan yang perlu diberi perhatian berterusan oleh Kerajaan. Antaranya ialah kebebasan berhimpun, kebebasan bersuara dan bermaklumat, dan hak-hak kumpulan rentan. 11

Select target paragraph3