Ringkasan Eksekutif
Selaras dengan mandat untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, ketigatiga Kumpulan ini telah menjalankan objektif utama mereka melalui aktiviti-aktiviti yang
baru dan berterusan, di samping memperluaskan jangkauan kumpulan sasaran tambahan
atau mengintegrasikan isu-isu pelengkap yang memerlukan perhatian dan campur tangan
Suruhanjaya.
LAPORAN KUMPULAN PENDIDIKAN DAN PERHUBUNGAN AWAM
Dalam memenuhi fungsi untuk mendidik kumpulan sasaran yang berbeza, Bahagian
Pendidikan dan Promosi telah menganjurkan bengkel dan menyampaikan ceramah
mengenai hak asasi manusia di sekolah dan institusi pengajian tinggi, termasuk institusi
yang telah memeterai Memorandum Persefahaman dengan Suruhanjaya. Dalam memastikan
Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dipatuhi oleh pihak berkuasa yang berkaitan
- terutamanya dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan dan pendidikan berkualiti Suruhanjaya melawat beberapa buah sekolah termasuk sekolah untuk Orang Asli, dan yang
menyediakan Pendidikan Islam atau vernakular. Ia juga menjalankan latihan bagi agensiagensi penguatkuasaan undang-undang termasuk polis, Jabatan Penjara dan pihak berkuasa
tempatan, dalam mengguna pakai prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam tugas-tugas harian.
Untuk memberi kesan kepada Konvensyen mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD),
Suruhanjaya menjalankan Perbincangan Meja Bulat dengan beberapa pihak berkuasa
tempatan untuk mengenal pasti isu-isu tertunggak dan untuk membincangkan penyelesaian
yang praktikal dan terurus. Di samping itu, Persidangan Kebangsaan Tiada-Diskriminasi telah
dianjurkan bersama dengan Pusat KOMAS dan Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Latihan dalaman telah dijalankan untuk kakitangan Suruhanjaya mengenai pelbagai
isu hak asasi manusia, serta keperluan kemahiran insaniah.
Bahagian Perhubungan Awam telah mengatur aktiviti promosi dan publisiti seperti
mengatur kunjungan hormat agensi-agensi kerajaan dan organisasi media. Ia membantu
menerima kunjungan delegasi dari institusi hak asasi manusia nasional (NHRI), Pelapor Khas
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), universiti dan organisasi lain. Aktiviti utamanya
merupakan satu forum mengenai kebebasan media, road show dan, bagi tahun kedua berturutturut, Majlis Anugerah Hak Asasi Manusia. Bahagian ini juga menguruskan wawancara media
dan mengeluarkan kenyataan akhbar bagi pihak Suruhanjaya.
LAPORAN KUMPULAN ADUAN, PEMANTAUAN DAN INKUIRI
Salah satu fungsi utama Suruhanjaya adalah untuk menyiasat aduan mengenai pelanggaran
hak asasi manusia. Bahagian Aduan dan Pemantauan mengkaji isu-isu yang melibatkan
penggunaan kuasa polis, kematian dalam tahanan polis, penggunaan undang-undang
penahanan pencegahan, hak untuk berhimpun secara aman, layanan terhadap tahanan,
kebajikan pelarian atau pencari suaka dan kanak-kanak dalam tahanan. Pada tahun ini,
Suruhanjaya memantau 11 perhimpunan awam dan memerhati pilihan raya kampus universiti.
8