W26 kepada Panel sebagai bahan bukti bagi menyokong kenyataan beliau itu tadi. Ding Jo Ann (W31) 27. Penyataan W26 sepertimana di atas telah disokong oleh Ding Jo Ann (W31). Beliau adalah seorang penyelidik media yang telah melakukan kajian terhadap beritaberita yang diterbitkan oleh empat (4) media arus perdana dari 25 Jun sehingga 11 Julai 2011. Hasil kajian W31 tersebut telah diserahkan kepada Panel sebagai bahan bukti kepada keterangan yang beliau lakukan dalam pendengaran yang berkaitan. 28. Sehubungan dengan itu, W31 menyatakan bahawa berdasarkan kajian beliau, kebanyakan artikel yang disiarkan mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 adalah merupakan artikel-artikel yang tidak memberi pandangan yang seimbang terhadap perhimpunan BERSIH 2.0. Malah, ia mungkin akan menimbulkan tanggapan yang salah di kalangan masyarakat umum terhadap perhimpunan berkenaan. 29. W31 seterusnya menerangkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab media untuk menyalurkan informasi yang seimbang. Selain itu segala maklumat yang disampaikan seharusnya mengandungi maklumat yang lengkap, begitu juga kesahihan berita yang disiarkan perlu dipastikan. PENEMUAN 30. Setelah meneliti semua rekod dan keterangan yang telah diberikan, Panel berpendapat bahawa bahan yang disiarkan oleh media, terutamanya media arus perdana telah menggambarkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai satu gerakan yang akan menimbulkan kekacauan. Sebagai contoh, New Straits Times di dalam satu artikel yang disiarkan pada 13 Jun 2011 memuatkan pendapat beberapa Ahli Parlimen Bebas yang menyuarakan pandangan mereka bahawa tujuan perhimpunan tersebut adalah tidak sihat dan akan mengancam keselamatan 9

Select target paragraph3