SYOR-SYOR: PERHIMPUNAN AWAM
165.
Peserta-peserta haruslah diberikan ruang untuk berhimpun secara aman dan
menyuarakan pendapat mereka.
166.
Panel menyedari tugas PDRM untuk menjaga keselamatan negara tetapi segala
aktiviti pihak berkuasa haruslah mengambil kira hak-hak individu dan memastikan
hak-hak yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan undangundang negara dapat diamalkan oleh individu-individu ini.
167.
Pegawai dan anggota PDRM yang melakukan tugas rasmi haruslah menggunakan
pengenalan diri seperti tanda nama dan nombor badan sepanjang tempoh rasmi
tugasan. Ini akan memudahkan proses pengenalan diri dan juga proses untuk cam
dijalankan sekiranya terdapat dakwaan terhadap mana-mana pegawai dan
anggota PDRM.
168.
Panel berpendapat bahawa anggota-anggota yang melakukan tangkapan
haruslah lebih berhati-hati dan mengelakkan dari menggunakan kekerasan
sekiranya tidak diperlukan. Penggunaan kekerasan haruslah bertepatan dan
berkadar dengan tahap bahaya situasi semasa tangkapan
169.
Sebagai penguatkuasa undang-undang dan menerima latihan secara khusus,
PDRM haruslah menunjukkan sikap professional yang tinggi dan mampu menerima
tekanan di dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan dengan penugasan mereka.
Di dalam konteks ini, latihan dan penilaian berterusan haruslah diadakan oleh
pihak yang bertanggungjawab.
170.
Tindakan disiplin ataupun undang-undang haruslah dikenakan terhadap manamana
Pegawai
ataupun
anggota
yang
melakukan
atau
menyebabkan
kecederaan terhadap W27.
171.
Rawatan segera haruslah diberikan kepada individu-individu yang cedera semasa
proses penahanan dibuat. Kakitangan perubatan haruslah ditempatkan di lokasi
untuk melakukan penilaian perubatan dan memberi rawatan di lokasi. Untuk
36