dalam negara. Pendapat yang sama juga terkandung di dalam satu artikel yang
dimuatkan di Utusan Malaysia bertarikh 22 Jun 2011 di mana individu-individu yang
ditemubual mengatakan bahawa mereka mewakili masyarakat umum dan
berpendapat bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 akan menimbulkan huru-hara dan
sekaligus menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara.
31.
Selain itu, terdapat usaha dari pelbagai pihak untuk menafikan W26 dari
menyuarakan pendapat beliau. Usaha-usaha ini, antara lain telah mencerminkan
W26 sebagai seorang rakyat yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang negara. Panel ingin menarik perhatian kepada artikel yang
telah diserahkan oleh W26 kepada panel seperti yang disiarkan oleh Berita Minggu
pada 26 Jun 2011 di mana artikel ini, antara lain mengatakan bahawa sebagai
seorang peguam, W26 seharusnya mengetahui peruntukan undang-undang dan
tindakan W26 untuk menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah secara terangterangan dengan sengaja melanggar undang-undang berkaitan perhimpunan.
32.
Panel juga berpendapat, penyiaran butiran peribadi yang dikatakan oleh W26
mungkin akan menimbulkan isu keselamatan kepada W26 sendiri dan keluarga
beliau.
33.
Begitu juga liputan media tidak dibuat secara menyeluruh di mana isu-isu dan
intipati pergerakan BERSIH 2.0 tidak disiarkan secara neutral dan seimbang.
Kebanyakan dari berita yang dilaporkan hanya berpihak kepada satu pihak dan
tidak
memberi
maklumat
yang
menyeluruh
kepada
masyarakat.
Panel
berpendapat bahawa telah berlaku ketidak seimbangan penyiaran berita dan
juga penilaian yang sewajarnya terhadap isu-isu yang berkaitan dengan
perhimpunan BERSIH 2.0.
10