BAB 1 sosial untuk menggalakkan perbincangan dalam kalangan masyarakat mengenai penahanan pesalah PKP dan migran tanpa dokumen. Perbincangan menyentuh aspek kesesakan tempat tahanan dan langkahlangkah untuk mencegah penyebaran COVID-19 di tempat tahanan terutamanya lokap polis, penjara dan depot tahanan imigresen. 2. PENYERTAAN AWAM DAN KEMASYARAKATAN a) Program SUHAKAM Bersama Masyarakat Program SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) kekal sebagai sebuah platform penting untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai hak asasi manusia dan peranan SUHAKAM. Program ini juga terus menjadi medium untuk masyarakat berinteraksi dengan SUHAKAM tentang pelbagai isu hak asasi manusia yang memberi kesan kepada kehidupan. Disebabkan pandemik COVID-19 dan PKP, hanya dua sesi SBM (di Semenanjung Malaysia) dapat diadakan iaitu: i. ii. SBM melalui Siaran Langsung Facebook (FB Live) (22 Julai). SBM bersama pekerja perladangan di Batang Padang, Perak. Program ini diadakan dengan kerjasama Persatuan PekebunPekebun Kecil Kebangsaan Malaysia pada 15 September. Isu berbangkit Isu utama yang dibangkitkan oleh peserta SBM adalah seperti berikut: i. Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Peneroka menyuarakan isu bebanan kewangan di bawah program penanaman semula FELDA yang mana bayaran balik hanya boleh dibuat empat tahun selepas program penanaman semula. Sepanjang tempoh ini, peneroka tiada pilihan lain selain bergantung kepada pinjaman yang diberikan FELDA sebagai sumber pendapatan. Ini mengakibatkan bebanan kewangan yang lebih besar terpaksa ditanggung. Kebimbangan turut dizahirkan mengenai ketiadaan perlindungan atau pampasan sekiranya mengalami kecederaan atau kemalangan semasa bekerja. LAPORAN TAHUNAN 2020 11

Select target paragraph3