B. PROMOSI DAN KEMASYARAKATAN
LATAR BELAKANG
SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran tentang hak asasi manusia di
Malaysia melalui dialog, kempen advokasi dan bengkel pemerkasaan
bersama masyarakat, pekerja perladangan, Jabatan Agama Islam dan belia.
Fokus juga diberikan kepada projek pengiklanan melalui media penyiaran
dan pengangkutan awam.
1. PERLINDUNGAN DARIPADA PENYEKSAAN DAN LAYANAN ATAU HUKUMAN
LAIN YANG ZALIM, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ATAU MENJATUHKAN
MARUAH (UNCAT)
SUHAKAM terus meningkatkan kesedaran awam mengenai UNCAT
melalui penghasilan sebuah animasi pendidikan. Tujuannya adalah untuk
mempromosi pemahaman lebih meluas dalam kalangan masyarakat
mengenai konvensyen ini dan faedah kepada Malaysia apabila menjadi
negara pihak. Ia bertujuan mencegah perbuatan penyeksaan dan
sebarang bentuk layanan yang zalim, tidak berperikemanusiaan atau
menjatuhkan maruah terhadap mana-mana individu. Animasi yang
dihasilkan dalam Bahasa Melayu disertakan dengan sari kata Bahasa
Inggeris ini boleh ditonton di saluran YouTube dan halaman media sosial
Facebook dan Twitter SUHAKAM.
SUHAKAM juga mengambil inisiatif membuat terjemahan teks penuh
UNCAT ke dalam Bahasa Melayu dan seterusnya menerbitkan sebuah
buku kecil dwibahasa (Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris) dengan
menggunakan dana daripada Kesatuan Eropah (EU). Buku kecil ini akan
digunakan sebagai bahan dalam mempromosi pemahaman tentang
UNCAT dan kewajipan utamanya kepada penggubal dasar sebelum
Malaysia meratifikasi konvensyen ini.
Susulan daripada pelancaran pameran seni “Kartunis Menentang
Penyeksaan” yang dibiayai EU pada bulan Julai 2019, SUHAKAM dan
Perpustakaan Negeri Sarawak telah menganjurkan pameran yang sama
di Perpustakaan Negeri Sarawak bermula pada 1 - 30 September. Pameran
ini memaparkan koleksi karya seni kartunis tempatan dan antarabangsa.
Walaupun gabungan ACT4CAT, yang mana SUHAKAM merupakan rakan
kempen telah menangguhkan beberapa siri aktiviti/kempen disebabkan
pandemik, gabungan ini menggunakan karya seni dan pentas media
10
LAPORAN TAHUNAN 2020