ii. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mempunyai dasar berkaitan pelarian dan pencari suaka yang mengandungi panduan mengenai tindakan yang boleh diambil sekiranya isu dalaman sesebuah negara anggota mengakibatkan rakyatnya melarikan diri ke negara lain. b) Ceramah dalam talian kepada pelajar USIM Program yang diadakan pada 5 Disember ini memberi fokus kepada isu berkaitan penyeksaan daripada perspektif hak asasi manusia melibatkan 35 orang pelajar Fakulti Undang-Undang. Para pelajar menunjukkan minat dalam topik perbincangan dan mengetengahkan beberapa persoalan antaranya faktor yang menghalang Malaysia daripada meratifikasi ‘Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah’ (UNCAT). Selain itu isu lain yang dibangkitkan adalah alternatif kepada hukuman mati dan sebatan, had tahap kekasaran yang boleh digunakan oleh penguatkuasa ketika membuat tangkapan dan bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa terhadap negara yang meratifikasi UNCAT. 4. JEMPUTAN MENYAMPAIKAN CERAMAH DAN LATIHAN HAK ASASI MANUSIA Walaupun dalam situasi pandemik COVID-19, SUHAKAM masih menerima beberapa jemputan untuk menyampaikan ceramah hak asasi manusia, justeru SUHAKAM menitikberatkan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa sesi bersemuka berlangsung. Senarai program adalah seperti Jadual 1. Jadual 1: Senarai ceramah dan latihan Bil. 1. 8 Topik Tarikh ‘Ceramah Hak Asasi 18 Februari Manusia dan Hak kepada Pendidikan’ di Kem Aktivis Orang Asli 2020 anjuran Jaringan Orang Asli Semenanjung (JOAS). LAPORAN TAHUNAN 2020 Tempat/ Platform Kuala Rompin, Pahang Jumlah Peserta 17 orang

Select target paragraph3