b) Draf Cadangan Aktiviti ATHAM di Sekolah
Pada tahun 2019, SUHAKAM menganjurkan beberapa siri bengkel
berkaitan ATHAM di enam zon seluruh Malaysia. Para peserta yang terdiri
daripada kalangan guru menyatakan bahawa perlunya bimbingan
berkaitan aktiviti yang boleh dilaksanakan di sekolah bagi memenuhi
objektif program ATHAM.
Justeru SUHAKAM membangunkan senarai cadangan aktiviti-aktiviti
berdasarkan perkara yang terdapat dalam Konvensyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak (CRC) sebagai panduan kepada guru dalam melaksana
aktiviti bersesuaian.
Datuk Lok Yim Pheng menyampaikan kata-kata aluan secara dalam talian ketika
Perbincangan mengenai Draf Cadangan Aktiviti Program ATHAM di Sekolah.
Program diadakan pada 7 Oktober bertempat di Kuala Lumpur.
Pembangunan cadangan aktiviti tersebut turut melibatkan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan guru terpilih dari sekolah ATHAM.
Perbincangan ini diadakan pada 7 Oktober melibatkan Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional,
Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Swasta, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian,
4
LAPORAN TAHUNAN 2020