1.1 PENDIDIKAN DAN PROMOSI A. PENDIDIKAN DAN LATIHAN LATAR BELAKANG Penularan COVID-19 pada awal tahun ini banyak memberi kesan kepada pelaksanaan program pendidikan dan latihan SUHAKAM. Pada bulan Jun, Bahagian Pendidikan dan Latihan (ETD) menyemak semula pelan kerja bagi memastikan program yang dirancang mampu dilaksanakan sepanjang tempoh pandemik. Beberapa program dan aktiviti bersemuka ditunda dan ditukar kepada sesi latihan dalam talian, walaupun begitu hanya beberapa program bersemuka sahaja dapat diadakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa pada bulan Mac dan semasa pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP). Program berkenaan diadakan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti penjarakan fizikal, pemakaian pelitup separuh muka dan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk tujuan pendaftaran program. Namun begitu, pengurangan program latihan secara bersemuka membolehkan pegawai ETD memberi tumpuan kepada pembangunan modul latihan yang sedang diusahakan. 1. PROGRAM AMALAN TERBAIK HAK ASASI MANUSIA (ATHAM) DI SEKOLAH Setelah lebih daripada 10 tahun program ATHAM dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih, SUHAKAM percaya sudah tiba masanya untuk menilai semula keberkesanan program tersebut dan melakukan penambahbaikan mengikut keperluan. Oleh itu, SUHAKAM memperuntukkan geran penyelidikan bagi menilai program ATHAM pada masa yang sama membangunkan senarai aktiviti yang dicadangkan untuk edaran ke sekolah ATHAM. a) Kajian Keberkesanan ATHAM di Sekolah SUHAKAM melantik dua kumpulan penyelidik yang diketuai Prof. Madya Dr. Rohaida Nordin, Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dr. Mangaleswaran Annamalai, 2 LAPORAN TAHUNAN 2020

Select target paragraph3