SUHAKAM menekankan strategi yang konkrit dan ketara termasuklah aktiviti
melalui penyelidikan, kertas pendirian, perbincangan meja bulat dan aktiviti
lain untuk menangani perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia.
Menjadi harapan SUHAKAM agar budaya memahami dan menghormati
hak asasi manusia, tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang atau
status dalam kalangan semua orang tidak kira tua dan muda termasuklah
golongan terpinggir.
Akhir sekali, SUHAKAM merakamkan penghargaan dan pengiktirafan kepada
mendiang Datuk Liew Vui Keong atas dedikasi dan usahanya. Beberapa
kemajuan dalam bidang hak asasi manusia berjaya direalisasikan selama
mendiang menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
dari tahun 2018 hingga 2019.
xxiv
LAPORAN TAHUNAN 2020