Perubatan’ berikutan dakwaan amalan buruh paksa oleh pengeluar sarung
tangan getah Malaysia. Pemain industri berkongsi kebimbangan mengenai
isu pekerja migran yang tamat kontrak dan tidak dapat kembali ke negara
asal kerana penutupan sempadan negara. SUHAKAM menyeru kerajaan
untuk mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk membasmi buruh
paksa, melindungi hak pekerja seterusnya mempromosi persekitaran kerja
yang aman dan kondusif untuk semua pekerja termasuklah pekerja migran.
Pada 8 Oktober, SUHAKAM bekerjasama dengan Pertubuhan Buruh
Antarabangsa dengan mengadakan webinar Mencegah Buruh Paksa
di Malaysia melalui Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab khusus
menyasarkan perniagaan daripada pelbagai sektor. Majikan turut
didedahkan mengenai langkah-langkah praktikal dan penyelesaian bagi
mengurangkan risiko buruh paksa ketika proses pengambilan pekerja.
SUHAKAM meneruskan promosi dalam kalangan masyarakat Islam mengenai
keserasian antara prinsip hak asasi manusia yang termaktub dalam UDHR
dengan ajaran Islam. Keserasian tersebut meliputi pengetahuan hak asasi
manusia dalam Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, Piagam Madinah dan
Perisytiharan Kaherah mengenai Hak Asasi Manusia. SUHAKAM juga terlibat
dengan pemegang taruh utama termasuk Majlis Raja-Raja, Jabatan Agama
Islam dan Suruhanjaya Tetap Bebas Hak Asasi Manusia (IPHRC) mengenai
perkara yang merangkumi hak masyarakat Islam. Hak ini meliputi aspek
pendidikan, ibadah, pembangunan, maruah dan keadilan.
SUHAKAM diberi kesempatan untuk mengemukakan kertas cadangan
kepada Majlis Raja-Raja berkenaan tiga isu iaitu pendaftaran sekolah
tahfiz, perkahwinan kanak-kanak dan masjid mesra orang kurang upaya
(OKU) di Malaysia. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-256 pada 20 Februari telah
membincangkan isu yang dikemukakan oleh SUHAKAM.
SUHAKAM secara aktif menyokong penghapusan perkauman, diskriminasi
kaum dan xenofobia. SUHAKAM membangunkan kertas dasar mengenai
ucapan kebencian terhadap golongan minoriti terutama pelarian dan
migran di Malaysia. Kerajaan harus meningkatkan usaha untuk melaksanakan
dasar positif untuk menghadapi ucapan kebencian dan tidak bertoleransi
terutama oleh pemimpin politik. Pegawai penguatkuasa harus tegas dan
secara terbuka mengutuk semua bentuk kebencian yang ditujukan kepada
pelarian dan migran.
Rangkuman keseluruhan tahun ini telah menghasilkan dan menerima pakai
Pelan Strategik SUHAKAM 2021-2025. Melalui perancangan lima tahun,
LAPORAN TAHUNAN 2020
xxiii