Kesannya rakyat kehilangan pekerjaan dan mata pencarian apabila
ekonomi negara terjejas seterusnya menimbulkan kebimbangan kepada isi
rumah yang tergolong dalam kumpulan B40 dan di bawah paras pendapatan
garis kemiskinan. Akses kepada internet juga adalah tidak menyeluruh
terutama bagi golongan miskin dan yang tinggal di kawasan pedalaman, hal
ini menghalang akses kanak-kanak kepada pendidikan di pelbagai peringkat
dalam tempoh PKP.
Setiap golongan masyarakat berhadapan dengan kesan pandemik
COVID-19 yang berbeza. Ia bergantung kepada faktor antaranya tempat
tinggal, kestabilan kewangan dan akses kepada perlindungan khusus
yang mana mampu mempengaruhi tahap risiko jangkitan pekerja barisan
hadapan, golongan miskin, gelandangan, pelarian, migran dan banduan.
Pandemik ini juga mendorong berlakunya isu perkauman dan xenofobia di
Malaysia dan ia juga berlaku di seluruh dunia. Ucapan berunsur kebencian
dan sikap menyalahkan pihak lain menyebabkan stigma dan tekanan
kepada beberapa kelompok masyarakat. Amat membimbangkan, ketika
tempoh PKP juga terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga dan
penderaan kanak-kanak.
SUHAKAM memulakan inisiatif dengan Delegasi Kesatuan Eropah (EU)
dan mencapai kesepakatan untuk melaksanakan projek selama 19 bulan
bertajuk ‘Bertindak Balas terhadap COVID-19 dengan Memenuhi Keperluan
Masyarakat Rentan di Malaysia’. Secara umumnya projek ini bertujuan
membolehkan perkongsian maklumat, meningkatkan kapasiti organisasi
masyarakat sivil dan menyelaras bantuan sebagai maklum balas secara
langsung bagi meringankan isu hak asasi manusia ketika ini. Projek ini juga
merangkumi pembangunan kapasiti/peningkatan kemahiran memfokuskan
kepada latihan vokasional seperti keusahawanan pertanian bagi individu
yang kehilangan sumber pendapatan semasa pandemik.
SUHAKAM juga menyediakan tiga kertas dasar berkaitan hak asasi
manusia yang perlu diberi perhatian serta tindak balas kerajaan Malaysia
berhadapan pandemik COVID-19. Kertas dasar tersebut melibatkan hak sivil
dan politik, kebebasan bersuara dan maklumat serta hak wanita di Malaysia.
SUHAKAM turut memberikan input kepada proses merangka Rang UndangUndang Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020. Syor tersebut merangkumi maklumat yang
diperolehi melalui rundingan dengan pemegang taruh pada bulan April
dan semakan SUHAKAM mengenai pelbagai undang-undang berkaitan
perlindungan hak asasi manusia semasa COVID-19 dan PKP.
xx
LAPORAN TAHUNAN 2020