(NHRI). SUHAKAM turut menjangkakan kecemasan kesihatan awam dan hak
asasi manusia kekal menjadi fokus utama pada tahun hadapan mengambilkira
situasi di negara seluruh dunia yang masih menghadapi cabaran untuk pulih
kesan pandemik COVID-19.
Pada 10 Disember, Kementerian Luar Negeri, Bahagian Hal Ehwal UndangUndang Jabatan Perdana Menteri, SUHAKAM dan Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu di Malaysia bekerjasama menganjurkan forum bertemakan
“Pulih dengan Lebih Baik – Berjuang untuk Hak Asasi Manusia” (Recover Better
– Stand Up for Human Rights). Tema forum ini amat bertepatan dengan situasi
semasa yang dihadapi Malaysia. Topik perbincangan adalah mengenai
pandemik COVID-19 dan cabaran yang dihadapi pelbagai golongan
masyarakat, amalan terbaik daripada segi pemulihan dan membina semula
kehidupan yang terjejas. Ketika forum berlangsung, Dato’ Seri Hishammuddin
Tun Hussein, Menteri Luar Negeri turut mengumumkan Malaysia sedang
dalam proses membida tempat dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi penggal 2022 - 2024. Berdasarkan
pengumuman ini, SUHAKAM berharap kerajaan akan mengambil tindakan
yang lebih jitu untuk menangani isu hak asasi manusia dalam negara yang
dibangkitkan dalam Laporan Tahunan SUHAKAM.
Mengimbas kembali perjalanan sepanjang tahun 2020, sememangnya ia
amat mencabar. Namun begitu, usaha memerangi pandemik COVID-19
masih belum berakhir. Disiplin dan kerjasama penuh semua pihak diperlukan
supaya penularan pandemik dapat dihentikan.
Pandemik COVID-19 ini menjejaskan sosio-ekonomi, sosial dan budaya
golongan rentan. Golongan ini kehilangan sumber pendapatan dan
pekerjaan serta menghadapi cabaran dalam menikmati keperluan
asas seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan. Justeru, SUHAKAM
menyambut baik inisiatif kerajaan berkaitan dengan pakej rangsangan
ekonomi dan Bajet 2021 bertujuan untuk menangani kesan COVID-19 yang
dihadapi rakyat.
Ketika situasi pandemik yang meruncing ketika ini, provokasi perkauman
dan xenofobia tercetus di seluruh dunia terutamanya terhadap pelarian dan
migran. Di Malaysia, SUHAKAM berpandangan terdapat peningkatan dalam
ucapan berunsur perkauman dan xenofobia yang dilakukan rakyat Malaysia
terhadap pelarian dan pekerja migran. Penting untuk kita sedari bahawa
golongan pelarian dan migran adalah manusia yang sama tarafnya tidak
kira apa jua status dan mempunyai hak untuk dihormati.
LAPORAN TAHUNAN 2020
xi