42
43
Pelaksanaan dan kemajuan Pelan Strategik perlu dipantau dengan rapi oleh Suruhanjaya. Memandangkan Pelan
Strategik berfungsi sebagai dokumen pelan kerja jangka panjang, satu mekanisme untuk pengoperasian,
pemantauan dan penilaian perlu diwujudkan oleh Suruhanjaya. Bagi tujuan pelaksanaan Pelan Strategik yang
berkesan, Pelan itu mesti diterjemahkan ke dalam bentuk program dan aktiviti melalui Pelan Kerja Tahunan yang
akan menerangkan perincian seperti tanggungjawab bahagian, garis masa, belanjawan dan sebagainya.
Terdapat dua peringkat pemantauan dan penilaian bagi pelaksanaan Pelan Strategik:
Peringkat 1: Pemantauan dan Penilaian Tahunan - ini adalah proses semakan dalaman. Satu jawatankuasa
pemantauan hendaklah dibentuk yang terdiri daripada Setiausaha dan pegawai kanan untuk memantau pelaksanaan
dan menilai keberkesanannya. Pemantauan dan penilaian tahunan hendaklah dijalankan sepanjang tempoh Pelan
Strategik.
.
Peringkat 2: Penilaian Separuh Penggal – ini adalah gabungan penilaian dalaman dan luaran bagi pelaksanaan Pelan
Strategik. Tinjauan mendalam pelan strategik boleh dilakukan antara dua tahun setengah hingga tiga tahun selepas
dilancarkan pada 2021.
Berikut ialah garis panduan pentadbiran untuk rujukan Bahagian dan Suruhanjaya dalam melaksanakan, memantau
dan menilai Pelan Strategik.
Perincian
Perancangan Program dan Aktiviti Tahunan berdasarkan Pelan Strategik
(pada Sesi Pelan Kerja Tahunan tahun semasa)
Pembentukan Jawatankuasa Pemantauan
Memastikan Pelan Strategik
diterjemahkan ke dalam Pelan Operasi
Aktiviti tahunan hendaklah sentiasa
selaras dengan Pelan Strategik
(Setiausaha, Timbalan Setiausaha & Ketua Bahagian)
)
Tinjauan Pertengahan Tahun
Catatan
Semua Bahagian hendaklah merujuk Pelan
Strategik semasa sesi prapermukiman Pelan
Kerja dan semasa Permukiman Pelan Kerja
Tahunan.
Kebanyakan sumber perlu ditumpukan pada
pelaksanaan keutamaan Pelan Strategik.
Beberapa kelonggaran harus dibenarkan
untuk menangani isu hak asasi manusia yang
baharu atau yang timbul dalam negara pada
tahun
berkenaan.
Hal
ini
bertujuan
memastikan Suruhanjaya dapat menjalankan
pelaksanaan Pelan Strategik dan mempunyai
sumber untuk menangani aktiviti semasa dan
yang sedang dijalankan.
(Tinjauan pelaksanaan pada Mei atau Jun)
Tinjauan pelaksanaan aktiviti. Tinjauan
dalaman.
► Tinjauan Tahunan
Melaporkan kepada Suruhanjaya
(Pembentangan Laporan Kemajuan kepada Suruhanjaya)
Tinjauan Menyeluruh
(Sesi Pelan Kerja Tahunan tahun berikutnya)
► Tinjauan Separuh Penggal
Penanda aras dan Petunjuk:
i. Apa yang telah kita capai, dan
bagaimanakah kemajuannya? Adakah
sasaran/petunjuk dalam Pelan
Strategik diikuti?
ii. Apa yang belum kita capai? Mengapa
kita terlepas sasaran? Apa yang perlu
kita lakukan untuk kembali ke landasan
yang betul?
iii. Adakah terdapat apa-apa yang perlu
kita ubah atau tambah kerana keadaan
dalaman atau luaran yang berubah?
iv. Adakah terdapat apa-apa implikasi
terhadap sumber? Jika ya, apa
penggantian yang perlu kita buat?
v. Sejauh manakah kita
menyampaikan matlamat arus
perdana gender kita?