20
Oleh itu, terdapat keperluan penting untuk memupuk
hubungan baik antara komuniti dalam konteks ini.
SUHAKAM
akan
melaksanakan
usaha
untuk
menghapuskan prasangka, tanggapan stereotaip dan
kebencian kaum, dan pada masa sama memupuk rasa
hormat terhadap aspek kepelbagaian budaya, kaum
dan agama dengan cara meningkatkan kesedaran
orang ramai terhadap bahaya rasisme, diskriminasi
kaum dan xenofobia; di samping menggalakkan dialog
antara budaya yang membina. Seterusnya, melalui
fungsi penyelidikan dan sokongannya, SUHAKAM akan
mengenal pasti dan mendedahkan insiden rasisme,
diskriminasi kaum dan xenofobia di negara ini dan
bagaimana semua perkara ini dapat mengekang dan
juga menjejaskan nikmat hak asasi manusia yang lain.
SUHAKAM juga akan meneruskan sokongan kepada
Malaysia untuk memperkenalkan undang-undang
antidiskriminasi dan menyertai ICERD, dan pada masa
yang sama, bekerjasama erat dengan kerajaan untuk
mengkaji semula undang-undang, dasar dan program
sedia ada bagi memastikan dan menggalakkan
keharmonian
serta
merangkumkan
prinsip
kesaksamaan dan tanpa diskriminasi selaras dengan
piawaian antarabangsa. Selain itu, SUHAKAM akan
menyokong pembentukan mekanisme yang boleh
dipercayai dan berkesan yang diberi mandat untuk
bukan
sahaja
menerima
aduan,
tetapi
juga
menyediakan langkah pemulihan untuk mangsa
diskriminasi kaum dan xenofobia.
Objektif strategik keempat akan memberi tumpuan
kepada usaha meningkatkan realisasi hak kanak-kanak,
yang akan diterajui oleh Pejabat Pesuruhjaya Kanakkanak yang baru ditubuhkan dalam SUHAKAM. Ke arah
mencapai objektif ini, OCC akan memainkan peranan
dalam memantau tindakan kerajaan dan pelaku lain
yang berkaitan untuk merealisasikan hak kanak-kanak,
selaras dengan obligasi yang ditandatangani oleh
Malaysia apabila meratifikasi CRC. Pesuruhjaya Kanakkanak SUHAKAM akan menggalakkan dan berusaha
untuk melindungi hak kanak-kanak; termasuk untuk
meningkatkan kepekaan Kerajaan, agensi awam dan
orang ramai terhadap peruntukan Konvensyen,
membantu pelaksanaan pendidikan hak asasi manusia
di sekolah, dan memastikan pendidikan hak asasi
manusia memberikan fokus kepada kanak-kanak. OCC
juga akan berusaha ke arah memperkukuh amalan
mesra kanak-kanak dalam operasinya sendiri,
menggunakan pendekatan hak kanak-kanak dalam
semua urusannya.
Dalam melaksanakan strategi di atas, SUHAKAM akan
mengambil kira undang-undang, dasar dan program
domestik termasuk, tetapi tidak terhad kepada,
belanjawan negara Malaysia dan pelan kebangsaan
selama 5 tahun, serta komitmen antarabangsa Malaysia
yang berkaitan dengan hak asasi manusia seperti SDG,
UPR dan pelbagai mekanisme dan platform hak asasi
manusia di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
21
Objektif Strategik
Objektif Strategik 1:
Memperkukuh
Peranan
dan
Kepimpinan
SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia
Kebangsaan Malaysia dan sebagai Badan Bebas
untuk Perlindungan dan Pemerkasaan Hak Asasi
Manusia di Malaysia
Tahun 2020 menandakan berakhirnya Wawasan
2020 dan Rancangan Malaysia Kesebelas bagi
tempoh 2016-2020. Rancangan Malaysia Kedua
Belas 2021-2025 (RMK-12)4 akan disejajarkan
dengan inisiatif kemakmuran bersama merangkumi
tiga dimensi, iaitu pemerkasaan ekonomi, kelestarian
alam sekitar dan penstrukturan semula sosial.
Inisiatif ini bertujuan memastikan pembangunan
sosioekonomi yang inklusif dan bermakna ke arah
masyarakat yang lebih makmur.
Objektif Strategik 1: Memperkukuh Peranan dan Kepimpinan SUHAKAM
sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Malaysia dan Badan Bebas
untuk Perlindungan dan Pemerkasaan Hak Asasi Manusia di Malaysia
Keterangan
Hasil
SUHAKAM komited dalam tempoh Pelan Strategik
ini untuk menyumbang kepada pembinaan negara
bangsa, dengan memperkasakan dan melindungi
hak
asasi
manusia
melalui
pelaksanaan
tanggungjawab berkanunnya secara berkesan.
•
•
•
4
Meningkatkan keupayaan Suruhanjaya untuk
memastikan pelaksanaan peranannya sebagai
Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan dengan
berkesan
Melibatkan hubungan strategik dengan semua
pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk
ahli parlimen dan pemimpin politik lain, pegawai
kerajaan, organisasi bukan kerajaan dan
komuniti, persatuan profesional dan media
Memantau situasi hak asasi manusia di Malaysia
secara amnya dan di kawasan dan lokasi
tertentu, termasuk tempat tahanan dan dalam
acara tertentu
Twelve Malaysia Plan by Economic Planning Unit http://rmke12.epu.gov.my/
4
about-us
Rancangan Malaysia Kedua Belas oleh Unit Perancang Ekonomi
http://rmke12.epu.gov.my/about-us
Impak
Petunjuk
Jangka Panjang
Perkadaran bilangan penduduk
yang sedar tentang konsep dan
prinsip hak asasi manusia
Jangka Panjang
Pengurangan
kes
yang
melibatkan
pelanggaran
hak
asasi manusia seperti yang
dilaporkan di media
iii. Memastikan aduan
pelanggaran hak asasi
manusia dikendalikan dengan
berkesan, supaya kes berjaya
diselesaikan sebanyak
mungkin
Jangka
Sederhana –
Jangka Panjang
Bilangan aduan yang diterima
dan diselesaikan melalui
mekanisme aduan SUHAKAM
i. Meningkatkan pengetahuan
dan amalan yang lebih baik
tentang hak asasi manusia
dalam kalangan guru, murid
dan pentadbir sekolah
Jangka Pendek
Perkadaran bilangan guru dan
yang
mempunyai
murid
pengetahuan hak asasi manusia
ii. Meningkatkan pematuhan
undang-undang domestik
dengan obligasi triti
antarabangsa
Jangka Panjang
Bilangan undang-undang dan
dasar domestik adalah selaras
dengan piawaian hak asasi
manusia antarabangsa
iii. Meningkatkan pengiktirafan
dan penerimaan prinsip hak
asasi manusia oleh mahkamah
Jangka
Sederhana
Bilangan campur tangan yang
berjaya dalam prosiding
kehakiman
ii. Memastikan undang-undang,
dasar dan tatacara domestik
dipatuhi, dan dikuatkuasakan
mengikut piawaian hak asasi
manusia antarabangsa
SUHAKAM percaya selaras dengan usaha ini,
negara perlu berusaha secara serentak untuk
mematuhi sepenuhnya piawaian hak asasi manusia
antarabangsa. Malaysia harus berganding bahu
sebagai peserta penuh dalam sistem hak asasi
manusia antarabangsa, sebagai pihak kepada
semua perjanjian hak asasi manusia teras, dan
perjanjian ini harus dilaksanakan di dalam negara,
dalam undang-undang dan amalan.
Keutamaan
i. Meningkatkan kesedaran,
penghormatan dan sokongan
awam terhadap hak asasi
manusia dan memperkasa
mereka untuk bertindak selaras
dengannya
Rangka
Masa
Bilangan aduan yang diterima oleh
organisasi masyarakat sivil terpilih